Sejumlah lapan kes baharu dikesan melibatkan Kluster Sungai di Kedah, menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi kenyataannya, Ketua Pengarah Kesihatan itu memaklumkan bahawa dengan pertambahan tersebut, ia menjadikan jumlah kes positif kluster itu adalah 73 kes.

"Sehingga 19 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 23,935 individu telah disaring dalam kluster ini," katanya.

BACA: COVID-19: 51 pulih, 20 kes baharu, 1 kematian - Dr Noor Hisham

Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

a) Kedah (23,748 disaring):
• 72 kes dikesan positif COVID-19 (8 kes baharu);
• 22,944 individu negatif; dan
• 732 individu menunggu keputusan.

b) Pulau Pinang (142 disaring):
• 141 individu negatif; dan
• Satu (1) individu menunggu keputusan.

c) Perlis (45 disaring):
• Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
• 28 individu negatif; dan
• 16 individu menunggu keputusan
Selain itu, satu kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) dilaporkan di Hospital Sultanah Bahiyah sekali gus menjadikan sembilan kes baharu di negeri itu.

Mengulas berkenaan situasi di Sabah, beliau memaklumkan terdapat lapan kes baharu di mana tiga daripadanya adalah kes saringan rujukan ke Hospital Tawau dari Hospital Semporna yang melibatkan dua bukan warganegara.

Sementara itu, lima lagi kes yang lain di Sabah adalah masing-masing melibatkan kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) di Hospital Tawau; kes saringan pra pembedahan di Hospital Keningau; kes saringan komuniti di Tawau; kes daripada Kluster Benteng LD dan kes daripada Kluster Bakau yang melibatkan bukan warganegara, iaitu kluster baharu di Semporna.

Menurut Dr Noor Hisham, dengan pertamabahan satu kes bagi Kluster Benteng LD, ia menjadikan jumlah kes positif kluster itu adalah sebanyak 551 kes.

Sehingga 19 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 7,985 individu telah disaring dalam kluster ini.

Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

a) Tawau (5,975 disaring);
• 399 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
• 4,120 individu negatif; dan
• 1,456 individu menunggu keputusan.

b) Lahad Datu (2,009 disaring):
• 151 kes dikesan positif COVID-19;
• 1,306 individu negatif; dan
• 552 individu menunggu keputusan.

c) Sandakan (1 disaring); Satu (1) kes dikesan positif COVID-19.

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

• 1,520 banduan dan tahanan di mana 458 kes dikesan positif COVID-19;
• 1,158 kakitangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 20 kes dikesan positif COVID-19;
• 1,391 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 23 kes dikesan positif COVID-19;
• 1,036 pegawai agensi kerajaan lain di mana satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan
• 2,880 kontak sosial di mana 49 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 551 kes positif COVID-19, 272 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 279 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

• Filipina (185 kes); dan
• Indonesia (94 kes).