KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan kluster baharu hari ini melibatkan lima negeri iaitu di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Labuan.

Ia merupakan jumlah kluster terbanyak yang dikesan KKM dalam tempoh 24 jam.

Berikut senarai kluster-kluster yang dikenal pasti hari ini:-

1) KLUSTER BASUNG

Kluster baharu ini melibatkan sebuah jeti nelayan di daerah Kudat, Sabah.

Sebanyak 19 kes dikenal pasti positif COVID-19 dalam kluster ini melalui saringan bersasar ke atas individu yang terlibat dengan perniagaan ikan di daerah Kudat.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 174 individu telah disaring, di mana:
2) KLUSTER INAI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kudat di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17773) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di PPR Taman Ehsan, Kota Belud.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19. Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana:
3) KLUSTER TEMPAYAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Penampang di negeri Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11619) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 1 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 18 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana:
4) KLUSTER LONG

Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor dan Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-16746) telah dikenal pasti positif COVID19 hasil saringan individu bergejala pada 12 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 17 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 301 individu telah disaring, di mana:
5) KLUSTER CAHAYA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor dan daerah Tampin di Negeri Sembilan.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20394) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 16 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 17 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana:6) KLUSTER BAH KOTA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang di negeri Selangor dan Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17988) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 171 individu telah disaring, di mana:
7) KLUSTER MELATI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Klang di negeri Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18002) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 24 individu telah disaring, di mana:
8) KLUSTER BINA LABUAN

Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22943) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan hospital pada 21 Oktober 2020 dan meninggal dunia pada hari yang sama di Hospital Labuan.
Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana: