MALAYSIA
COVID-19: Lapan kluster baharu, tujuh kluster tempat kerja

Lapan kluster baharu dikenal pasti hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Lapan kluster baharu dikenal pasti hari ini di Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Kedah, Labuan, Putrajaya dan Sabah.
Tujuh daripada kluster tersebut merupakan kluster tempat kerja.
Berikut adalah perincian kluster terbabit:
KLUSTER PERSIARAN MAKTAB- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Hulu Langat, dan Gombak di Selangor.
- Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Persiaran Maktab, Taman Cuepacs, Cheras, Hulu Langat.
- Tujuh kes dikesan positif COVID-19
KLUSTER BANDAR SRI
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Kuala Lumpur serta daerah Hulu Langat dan Petaling di Selangor.
- Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
- 12 kes dikesan positif COVID-19.
KLUSTER TENEGANG
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Sungai Tenegang, Kinabatangan.
- 20 kes dikesan positif COVID-19.
KLUSTER PALOH RAMBA
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok di Kelantan.
- Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar beberapa buah pusat pendidikan di Kota Bharu.
- 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER PERUSAHAAN LPK
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah.
- 41 kes dikesan positif COVID-19.
KLUSTER MERINDING
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Labuan di Labuan.
- Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Kampung Merinding, Labuan.
- Lima kes dikesan positif COVID-19.
KLUSTER PUTRA SATU
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Putrajaya di Putrajaya; daerah Sepang di Selangor; dan daerah Seremban di Negeri Sembilan.
- Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Presint 1, Putrajaya.
- Sembilan kes dikesan positif COVID-19.
KLUSTER SIASAI TAMU
- Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Belud di Sabah.
- Kluster ini melibatkan satu majlis sosial yang berlangsung di Kampung Siasai Tamu, Kota Belud pada 14 Mac 2021.
- 11 kes dikesan positif COVID-19.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami