Rapid On-Demand laksana kadar tambang tetap RM2 mulai 1 Februari

Kadar tambang baharu itu turut melibatkan pemegang pas My50, Rapid Kota, Rapid Kembara dan Rapid Keluarga. - Gambar fail
PETALING JAYA: Rapid On-Demand (ROD) akan melaksanakan struktur tambang tetap berkuat kuasa 1 Feb 2026, yang menyaksikan peralihan daripada fasa promosi RM1 kepada model harga kekal.
Ringkasan AI
- Rapid On-Demand (ROD) akan mula gunakan tambang tetap pada 1 Feb 2026, mengakhiri fasa promosi RM1.
- Kadar tambang baharu melibatkan My50, Rapid Kota, Rapid Kembara, dan Rapid Keluarga.
- Prasarana Malaysia Berhad akan tambah 300 unit van elektrik ke dalam perkhidmatan ROD dari 2027 hingga 2028, dengan penambahan zon di Lembah Klang dan Pulau Pinang.
Beliau berkata Prasarana Malaysia Berhad merancang menambah sebanyak 300 unit van elektrik (EV) ke dalam sistem perkhidmatan ROD secara berperingkat mulai akhir 2027 hingga penghujung tahun 2028 bagi memperluas liputan dan memperkukuh operasi perkhidmatan itu.
Sharul Azwa berkata daripada jumlah itu, sebanyak 130 unit van EV akan ditempatkan di Lembah Klang manakala 170 lagi di Pulau Pinang selari dengan perancangan penambahan zon operasi masing-masing.
"Di Lembah Klang, penambahan melibatkan 22 zon baharu manakala di Pulau Pinang sebanyak 23 zon akan ditambah," katanya pada sesi taklimat media itu.
Beliau berkata setakat ini, perkhidmatan ROD merangkumi keseluruhan 82 zon, dengan 71 zon beroperasi di Lembah Klang serta 11 zon di Pulau Pinang, dan Prasarana turut memberi perhatian terhadap keperluan golongan kurang upaya dalam penambahbaikan perkhidmatan itu termasuk dari segi ciri operasi serta perancangan masa hadapan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


