LAPAN kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini selain 11 lagi kluster baharu COVID-19 dikesan. 

Ini lima tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai perkembangan COVID-19 di Malaysia: 

1. Sebanyak 2,027 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 122,845 kes.

2. Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 509 kes.

3. Bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,221 kes.

4. Lapan lagi kes kematian COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 509 kes.

5. 11 lagi kluster baharu dikenal pasti.