awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lebih 16,000 katil tersedia untuk rawat pesakit seluruh negara

Bernama
Bernama
30/10/2020
20:14 MYT
COVID-19: Lebih 16,000 katil tersedia untuk rawat pesakit seluruh negara
Suasana persiapan Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan (PL) ketika tinjauan pada Khamis. - BERNAMA
PUTRAJAYA:Sebanyak 40 peratus daripada 16,060 katil untuk rawatan pesakit COVID-19 di hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara, sedang digunakan setakat 10 malam Khamis.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 44 hospital Kementerian Kesihatan (KKM) dan dua hospital pengajar, yang menyediakan perkhidmatan untuk pesakit COVID-19, yang menempatkan 3,825 katil dengan kadar penggunaan 54 peratus.
"KKM turut menyediakan katil tambahan menerusi PKRC di seluruh negara, di mana sehingga kini terdapat 60 PKRC yang sedang beroperasi dengan kapasiti katil sebanyak 12,235 dan kadar penggunaannya adalah 36 peratus," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di KKM di sini pada Jumaat.
Di Sabah pula, Dr Noor Hisham berkata sembilan daripada 24 hospital kerajaan di seluruh negeri itu digunakan sebagai Hospital Hybrid COVID-19, yang menyediakan perkhidmatan untuk pesakit COVID-19 dan pada masa sama meneruskan perkhidmatan untuk lain-lain perkhidmatan perubatan.
Beliau berkata setakat ini, 1,007 katil untuk pesakit COVID-19 disediakan di sembilan hospital itu dengan kadar penggunaan sebanyak 77 peratus, manakala di 28 PKRC kapasiti katil sebanyak 7,368 dengan kadar penggunaan 43 peratus.
Katanya ini menjadikan bilangan keseluruhan katil untuk rawatan pesakit COVID-19 di hospital dan PKRC di negeri itu adalah 8,375, dengan kadar penggunaannya sebanyak 47 peratus.
Jelasnya lagi, meskipun terdapat pertambahan kes baharu setiap hari yang dilaporkan, khususnya di Sabah, namun terdapat juga banyak kes discaj dalam jumlah yang banyak dilaporkan setiap hari.
"Oleh itu, katil yang kosong ini boleh digunakan pula untuk kes-kes baharu. Selain itu, KKM sentiasa menilai situasi semasa dan mempunyai perancangan meningkatkan lagi kapasiti katil sekiranya diperlukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah
#PKRC
#katil
#Ketua Pengarah Kesihatan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan