Lima anggota polis termasuk dua pegawai berpangkat inspektor dikuarantin di rumah masing-masing selepas berurusan dengan seorang lelaki yang telah dijangkiti COVID-19 di Balai Ranau, baru-baru ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata kelima-lima anggota polis berkenaan telah diarahkan untuk menjalani saringan kesihatan di Hospital Ranau dua hari lalu.
"Selepas menjalani pemeriksaan seperti diarahkan oleh doktor, alhamdulillah semua mereka tidak ada tanda-tanda positif.
"Namun doktor mengarahkan supaya mereka semua menjalani kuarantin di kediaman masing-masing selama 14 hari," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di premis-premis sekitar Penampang, dekat sini malam tadi.
Zaini berkata pihaknya mengambil berat soal keselamatan dan kesihatan pegawai dan anggota yang bertugas di lapangan.
Sementara itu, mengulas mengenai pelaksanaan sekatan jalan raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang turut disertai pasukan tentera, Zaini berkata semua berjalan dengan lancar di Sabah.
"Seramai 466 anggota tentera terbabit dengan sekatan jalan di 17 daerah di seluruh negeri dalam PKP yang memasuki hari keenam.
"Pematuhan dalam kalangan masyarakat awam dilihat mencapai 95 peratus dan kami akan meningkatkan lagi aspek penguatkuasaan sekatan jalan raya di daerah utama seperti Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Tawau," tambahnya. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 23 2020
Zaini berkata pihaknya mengambil berat keselamatan dan kesihatan pegawai dan anggota yang bertugas di lapangan.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
COVID-19: Lima anggota polis di Sabah dikuarantin
Lima anggota polis termasuk dua pegawai berpangkat inspektor dikuarantin di rumah masing-masing selepas berurusan dengan seorang lelaki yang telah dijangkiti COVID-19 di Balai Ranau, baru-baru ini.