awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lima negeri catat penggunaan katil ICU melebihi 50 peratus - Dr Noor Hisham

Fareez Azman
Fareez Azman
27/02/2022
04:03 MYT
COVID-19: Lima negeri catat penggunaan katil ICU melebihi 50 peratus - Dr Noor Hisham
Lima negeri mencatatkan penggunaan katil kritikal COVID-19 melebihi 50 peratus di hospital dan PKRC. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima negeri mencatatkan penggunaan katil kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 melebihi 50 peratus di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, lima negeri tersebut ialah Kelantan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Kelantan mencatatkan 94 peratus diikuti Melaka sebanyak 71 peratus, Johor (67 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (58 peratus) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (50 peratus).
Manakala katil bukan ICU di 12 negeri pula menunjukkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus.
"Katil Bukan ICU di 12 negeri iaitu Kelantan (113%), Selangor (104%), WP Putrajaya (99%), WP Kuala Lumpur (90%), Perak (88%), Perlis (75%), Pahang (71%), Johor (69%), Sabah (64%), Terengganu (61%), Sarawak (59%),dan Pulau Pinang (59%) menunjukkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus," jelas Dr Noor Hisham lagi.
Di PKRC pula, jelasnya hanya satu negeri iaitu Melaka mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus iaitu 58 peratus setakat Sabtu.
Jelasnya, bagi pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula meningkat kepada 203 pesakit bersamaan 7 peratus.
Tambah Dr Noor Hisham, secara keseluruhan penggunaan alat bantuan pernafasan bagi pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 adalah sebanyak 35 peratus setakat ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ventilator
#Katil kritikal
#katil ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan