KUALA LUMPUR: Malaysia  merekodkan kes harian tertinggi kes positif COVID-19 apabila merekodkan 7,289 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemas kini di media sosial beliau.

Ia menjadikan jumlah kes aktif ketika ini adalah 63,458 kes.

Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu 2,642 kes, diikuti Johor (664) dan Kuala Lumpur (604).

Selain itu, jumlah mereka yang sembuh hari ini adalah 3,789 kes dengan kumulatif kes sembuh adalah 460,062 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 60 kematian hari ini, sekali gus menjadikan kumulatif kematian adalah 2,369 kes.

Jumlah kes yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 726 kes manakala kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan adalah 373 kes.

Selain itu, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 1.20.

Berikut merupakan pecahan kes baharu COVID-19 mengikut negeri:

Selangor : 2,642 kes
Johor : 664 kes
Kuala Lumpur: 604 kes
Sarawak : 513 kes
Kelantan : 425 kes
Negeri Sembilan : 410 kes
Kedah : 336 kes
Pulau Pinang : 380 kes
Terengganu : 268 kes
Sabah : 266 kes
Melaka : 258 kes
Perak : 218 kes
Pahang : 211 kes
Labuan : 63 kes
Putrajaya : 2 kes