Malaysia dan Indonesia akan mengeratkan kerjasama dalam usaha menyuburkan kembali industri kedua-dua yang terjejas akibat kesan pandemik COVID-19, apabila keadaan telah selamat untuk perjalanan antarabangsa, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata kedua-dua negara juga sedang bekerjasama dengan negara anggota dan gagasan ekonomi ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO), Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT), dan Kawasan Pembangunan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) bagi tujuan itu.
"Contohnya kami sedang bekerjasama ke arah merumuskan prosedur operasi standard (SOP) meluas ASEAN bagi memberi kemudahan kepada para pelancong tanpa meminggirkan aspek penting mengenai kesihatan dan keselamatan kelompok barisan hadapan - pelancong dan petugas pelancongan.
".. juga dalam aspek penggunaan teknologi digital bagi menyokong usaha pemulihan aktiviti pelancongan dan membantu dalam mengelak penularan COVID-19, mengembalikan keyakinan pelancong terhadap keselamatan dan kesihatan di destinasi pelancongan ASEAN.
"Ia menerusi komunikasi efektif, pelaksanaan Pemasaran Pelancongan ASEAN yang sistematik dan efektif, serta Pelan Promosi menerusi kolaborasi strategik dengan pemain industri pelancongan dan lain-lain pemegang taruh," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi perbincangan secara langsung Facebook bersama dengan Timbalan Menteri bagi Pemasaran, Kementerian Pelancongan dan Agensi Ekonomi Kreatif Indonesia Nia Niscaya yang dihoskan oleh Travel Industry Network Media bagi membincangkan isu mengenai Peluang Kerjasama Pelancongan Serantau pasca-COVID-19.
Nancy berkata apabila keadaan telah selamat untuk perjalanan antarabangsa, kedua-dua negara jiran itu akan bekerjasama rapat bagi membantu dalam melancarkan pergerakan pelancong di sempadan negara masing-masing.
"Mari kita pusatkan tumpuan kita kepada usaha memerangi pandemik ini dan berharap keadaan akan bertambah baik supaya kita dapat membuka pintu sempadan negara secepat mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 19 2020

Nancy berkata apabila keadaan telah selamat untuk perjalanan antarabangsa, kedua-dua negara jiran itu akan bekerjasama rapat bagi membantu dalam melancarkan pergerakan pelancong di sempadan negara masing-masing. - Gambar fail

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

APEC kembali ke Korea Selatan selepas 20 tahun, tumpukan inovasi, pendigitalan, kemampanan
Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh 20 tahun, akan memfokuskan kepada inovasi, pendigitalan dan kemampanan.

Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.

China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.

Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.

Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.

Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.

Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.

APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.

Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."

Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.