awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua kru TLDM terlibat insiden helikopter Super Lynx dirawat di ICU, zon kuning
Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan
VM2026 di KL Sentral: Pelawat teruja terima cenderamata, akui rakyat Malaysia peramah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Majlis pengebumian dan tahlil cetus kluster baharu di Tawau

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
11/06/2021
12:46 MYT
COVID-19: Majlis pengebumian dan tahlil cetus kluster baharu di Tawau
Kluster yang diberi nama Kluster Kopi Blues itu melibatkan komuniti di Mukim Sri Tanjung, Tawau dan kini telah mencatatkan 12 kes kumulatif. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Sebuah majlis pengebumian dan tahlil telah mencetuskan kluster terbaharu di Sabah, menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun.
Menurutnya, kluster yang diberi nama Kluster Kopi Blues itu melibatkan komuniti di Mukim Sri Tanjung, Tawau dan kini telah mencatatkan sebanyak 12 kes.
"Kes indeks merupakan seorang suri rumah, 46 tahun, dari Kampung Lorong Saddani, Batu 2 yang disahkan positif melalui saringan bergejala pada 9 Jun bersama anaknya.
"Daripada 20 sampel yang telah diambil menerusi saringan kontak rapat dan kontak sosial, 10 sampel dikesan positif COVID-19," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Dua sampel didapati negatif manakala enam masih menunggu keputusan.
Jelas Masidi, siasatan awal mendapati kesemua kontak telah menghadiri perjumpaan di rumah keluarga mereka yang terletak di Kopi Blues Batu 2 sempena majlis pengebumian dan tahlil pada 29 Mei lalu.
"Akiviti pengesanan kontak rapat dan mengenal pasti punca jangkitan sedang giat dijalankan," katanya yang juga jurucakap COVID-19 bagi negeri ini.
Sabah hari ini telah mencatatkan pertambahan sebanyak 309 kes positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif ialah sebanyak 65,330 kes.
Sementara itu, enam kes kematian telah direkodkan hari ini, dua dari Tawau manakala Semporna, Sandakan, Kuala Penyu dan Beaufort masing-masing merekodkan satu kes.
Topic Berkaitan
#majlis tahlil
#pengebumian
#Kluster baharu
#Sabah
#Kluster Kopi Blues
#Mukim Sri Tanjung
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan