awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alam Flora kutip 3.2 tan sampah di KL pada sambutan Ambang Tahun Baharu
Johor perhebat penganjuran lebih 100 program pelancongan sempena VJY2026 dan TMM2026
ONSA perkukuh keselamatan pengguna, platform digital - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan

Bernama
Bernama
01/01/2026
09:59 MYT
Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan
Ketua Balai Polis Nenasi, Sarjan Mejar Othman Mohamad (kiri) bersama Koperal Mohd Faizal Zainal Norddin melihat objek yang disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai Kampung Tanjung, Nenasi, Pekan, Selasa lepas. -Foto Bernama
PEKAN: Satu objek yang disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai Kampung Tanjung, Nenasi, di sini Selasa lepas.

Ringkasan AI
  • Objek disyaki serpihan angkasa ditemui di pesisir pantai Kampung Tanjung, Nenasi, Pekan.
  • Siasatan awal menunjukkan objek berkenaan jatuh ke laut sebelum dihanyutkan ke kawasan pantai.
  • Objek berukuran 4.26m x 3.64m telah diuji bebas radiasi dan dipindahkan ke Balai Polis Nenasi untuk siasatan lanjut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata objek berkenaan dijumpai penduduk kira-kira 5 petang sebelum memaklumkan kepada pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
"Siasatan awal mendapati serpihan objek berkenaan dipercayai jatuh dari angkasa ke dalam laut sebelum dihanyutkan arus ke kawasan pantai di Nenasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata objek yang dianggarkan berukuran 4.26 meter x 3.64 meter itu telah diuji serta diteliti pegawai Jabatan Tenaga Atom Malaysia semalam dan mendapati ia bebas daripada sebarang radiasi.
Bagi tujuan keselamatan, objek berkenaan telah dipindahkan ke Balai Polis Nenasi di sini untuk simpanan sementara sebelum siasatan lanjut dijalankan kementerian berkenaan.
Tinjauan Bernama di Balai Polis Nenasi mendapati garisan polis telah dipasang di sekeliling objek itu dan serpihan yang difahamkan mencecah berat ratusan kilogram itu kelihatan dipenuhi teritip dengan beberapa permukaannya terkopak serta rosak.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang disyaki menjadi objek serpihan dari angkasa yang ditemui di pesisir pantai Kampung Tanjung, Nenasi? A: Objek serpihan dari angkasa yang ditemui di pesisir pantai Kampung Tanjung, Nenasi disyaki jatuh dari angkasa ke dalam laut sebelum dihanyutkan arus ke kawasan pantai.
  • Q: Berapakah anggaran saiz objek serpihan dari angkasa yang dijumpai di Nenasi? A: Objek serpihan dari angkasa yang dijumpai di Nenasi dianggarkan berukuran 4.26 meter x 3.64 meter.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap objek serpihan angkasa setelah ditemui? A: Objek serpihan angkasa telah diuji serta diteliti untuk keselamatan oleh pegawai Jabatan Tenaga Atom Malaysia sebelum dipindahkan ke Balai Polis Nenasi untuk simpanan sementara dan siasatan lanjut.
  • Q: Apakah status radiasi objek serpihan angkasa yang ditemui di Nenasi? A: Objek serpihan angkasa yang ditemui di Nenasi telah disahkan bebas daripada sebarang radiasi selepas diuji oleh pegawai Jabatan Tenaga Atom Malaysia.
  • Q: Bagaimanakah keadaan objek serpihan angkasa yang dijumpai di Nenasi setelah diperiksa di Balai Polis? A: Objek serpihan angkasa yang dijumpai di Nenasi kelihatan dipenuhi teritip dengan beberapa permukaannya terkopak serta rosak selepas diperiksa di Balai Polis Nenasi.

Topic Berkaitan
#serpihan angkasa
#pesisir pantai Kampung Tanjung Nenasi
#bebas radiasi
#Balai Polis Nenasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan