VM2026 di KL Sentral: Pelawat teruja terima cenderamata, akui rakyat Malaysia peramah

Datin Christina Toh Lai Fong (kiri) menyerahkan cenderamata kepada pelawat yang tiba di KL Sentral pada Khamis sempena hari pertama Tahun Melawat Malaysia 2026. -Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Persembahan kebudayaan dan pemberian cenderamata memeriahkan suasana di balai ketibaan tren elektrik (ETS) di KL Sentral pada Khamis, menyambut ratusan pengembara yang tiba dari Johor Bahru.
Ringkasan AI
- Persembahan kebudayaan dan pemberian cenderamata meriahkan kedatangan pengembara dari Johor Bahru di balai ketibaan tren elektrik (ETS) di KL Sentral, menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
- Program ini dibuka dengan pemberian beg cenderamata VM2026 kepada penumpang, termasuk keychain beruang matahari sebagai maskot rasmi, kupon daripada penaja seperti KFC dan Mamee, yang mendapat sambutan baik terutama dari pengembara asing.
- Sambutan hari pertama VM2026 turut diadakan di 55 pintu masuk utama dan lokasi terpilih di setiap negeri di Malaysia, dengan tujuan menonjolkan keistimewaan budaya serta menarik pelancong asing.
"Di dalam beg cenderamata ini, kami (Tourism Malaysia) sertakan rantai kunci (keychain) beruang matahari selaku maskot rasmi VM2026, selain beberapa kupon oleh penaja seperti KFC, Mamee, dan lain-lain.
"Ada beberapa pengembara yang bersemangat, saya nampak mereka rakam cenderamata itu guna telefon pintar, jadi ini sangat bagus untuk memperluas pendedahan di media sosial.
"Malah ada pasangan dari Belanda yang amat teruja dengan VM2026, mereka cakap orang Malaysia sangat peramah," jelas Chistina ketika ditemui Astro AWANI, di sini, pada Khamis.
Turut menggamat keadaan adalah persembahan oleh Kumpulan Kebudayaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mencerminkan warna-warni masyarakat majmuk di Malaysia.
"Menerusi insiatif ini kita dapat menyalurkan pengetahuan kepada pelawat mengenai budaya Malaysia, saya rasa sangat bagus pendekatan ini.
"Dalam VM2026 ini, setiap negeri di Malaysia mempunyai peranan untuk menonjolkan keistimewaan masing-masing," kata Chistina.
Selain KL Sentral, sambutan khas sempena hari pertama VM2026 turut diadakan di 55 pintu masuk utama dan lokasi terpilih di kesemua 13 negeri di Malaysia.
Ketibaan pelawat terawal di lokasi terpilih disambut dengan pelbagai persembahan kebudayaan Malaysia termasuk persembahan pemuzik jalanan dan kontemporari yang menampilkan elemen warisan negara di samping kemunculan maskot rasmi VM2026, Wira dan Manja.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan program persembahan kebudayaan dan pemberian cenderamata di balai ketibaan tren elektrik (ETS) di KL Sentral? A: Program tersebut diadakan sebagai simbolik pembukaan tirai Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) serta untuk memberikan pendedahan kepada pengembara mengenai kempen pelancongan negara.
- Q: Apakah yang disertakan dalam beg cenderamata TMM2026 yang diberikan kepada pengembara? A: Beg cenderamata tersebut mengandungi keychain beruang matahari sebagai maskot rasmi TMM2026, serta beberapa kupon oleh penaja seperti KFC, Mamee, dan lain-lain.
- Q: Bagaimanakah reaksi pengembara dari Singapura terhadap cenderamata TMM2026 yang diterima? A: Kebanyakan pengembara dari Singapura terkejut dan gembira dengan cenderamata TMM2026 yang diterima, yang membantu meningkatkan kesedaran mereka mengenai kempen pelancongan negara.
- Q: Apakah yang dimaksudkan dengan "TMM2026 ini, setiap negeri di Malaysia mempunyai peranan untuk menonjolkan keistimewaan masing-masing"? A: Dalam TMM2026, setiap negeri di Malaysia diarahkan untuk menonjolkan keistimewaan budaya dan tarikan pelancongan masing-masing sebagai sebahagian daripada kempen pelancongan negara.
- Q: Di mana sahaja sambutan khas sempena hari pertama TMM2026 diadakan selain daripada KL Sentral? A: Sambutan khas turut diadakan di 55 pintu masuk utama dan lokasi terpilih di kesemua 13 negeri di Malaysia sebagai sebahagian daripada perayaan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

