awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Malaysia catat 1,810 kes positif, 6 kematian

Isabelle Leong
Isabelle Leong
11/12/2020
10:32 MYT
COVID-19: Malaysia catat 1,810 kes positif, 6 kematian
NOOR HISHAM: Enam kes kematian baharu direkodkan menjadikan angka keseluruhan kes kematian di negara menjadi sebanyak 402 kes. - BERNAMA
KUALA LUMPUR:Malaysia mencatatkan sebanyak 1,810 jangkitan baharu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara kini ialah 80,309 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 11 kes import yang menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.
Dr Noor Hisham berkata kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini terdapat sebanyak 12,734 kes.
Menurut Dr Noor Hisham, dalam tempoh 24 jam juga, negeri Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 829 kes (45.8 peratus) yang mana 685 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan,
“Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 532 kes (29.4 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 132 kes (7.3 peratus).
“Sebanyak 184 kes (10.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Rumah Merah (150 kes), Kluster Tembok (18 kes), Kluster Bakti (13 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (3 kes),” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Beliau berkata jumlah kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini ialah sebanyak 123 dan daripada jumlah itu, 63 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Status Terkini #COVID19, 11 Dis 2020 Kes sembuh=937 Jumlah kes sembuh=67,173 kes Kes baharu positif=1,810 kes (1,799 tempatan, 11 import) Jumlah positif=80,309 kes Kes kematian=6 Jumlah kes kematian=402 kes Kes dirawat di ICU=123 kes Bantuan Alat Pernafasan=63 kes pic.twitter.com/5WQnsf9OmB
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) December 11, 2020
Katanya, Malaysia juga merekodkan 937 kes yang telah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 67,73 kes.
Dalam tempoh 24 jam juga, beliau berkata enam kes kematian baharu direkodkan menjadikan angka keseluruhan kes kematian di negara menjadi sebanyak 402 kes.
Topic Berkaitan
#kes positif
#COVID-19
#Malaysia
#kematian
#Kes sembuh
#penularan tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan