PUTRAJAYA:Malaysia dijangka menerima laporan ujian klinikal fasa ketiga vaksin COVID-19 minggu depan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, pihaknya juga sedang dalam rundingan dengan 10 syarikat pengeluar bagi mendapatkan vaksin berkenaan sekiranya ia diluluskan.
"Selepas menerima (laporan) kita akan meneliti laporan berkenaan dan selepas itu, vaksin terbabit akan dibawa ke Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat untuk kelulusan.
"Sekiranya tiada kelulusan dan (tiada) lesen diberikan kepada vaksin itu, ia tidak boleh dijual sama seperti ubat lain. Malah perjanjian kita dengan syarikat terbabit juga akan terbatal," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.
Dr Noor Hisham sebelum ini memaklumkan, pihaknya menerusi NPRA akan memastikan vaksin COVID-19 yang lulus didaftar dan dipasarkan di Malaysia adalah selamat, berkualiti serta mempunyai keberkesanan optimum mengikut keperluan ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Malah, beliau berkata perjanjian pembelian 12.8 juta dos vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseutikal, Pfizer Inc, akan terbatal jika vaksin itu gagal didaftarkan FDA AS dan NPRA di KKM.
Dalam pada itu, beliau berkata, KKM menggariskan lima perkara utama dalam penggunaan sesuatu vaksin COVID-19.
Menurutnya, lima perkara itu merangkumi pendaftaran, pembekalan, pemberian, pemantauan dan penilaian.
Jelas beliau, bagi peringkat pendaftaran, vaksin tersebut perlu didaftarkan dengan pihak berkuasa antarabangsa terutamanya FDA dan NPRA.
"Kita juga sedang melakukan rundingan pembekalan dan pemerolehan walaupun masih belum didaftarkan. Ini kerana kita perlu melihat kepada logistik dan kos penghantaran vaksin dan itu masih dalam rundingan.
"Pada peringkat ketiga pula adalah peringkat pemberian yang mana keutamaan diberikan kepada mereka memerlukan dan garis panduan yang ditetapkan adalah kepada kumpulan sasar.
"Keempat ialah menilai kesan sampingan vaksin tersebut kepada mereka yang menerimanya dan kelima adalah melihat secara keseluruhan vaksin, iaitu imuniti kelompok dan diharapkan mencukupi," katanya
Ehsan A Marisah
Mon Nov 30 2020

KKM menggariskan lima perkara utama dalam penggunaan sesuatu vaksin COVID-19 merangkumi pendaftaran, pembekalan, pemberian, pemantauan dan penilaian.

Tindakan PM nasihat Agong bertentangan undang-undang, Anwar fail semakan kehakiman
Peguam Ramkarpal Singh memaklumkan bahawa permohonan bagi memulakan semakan kehakiman berhubung deklarasi darurat difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin

Cabaran Artis Muda | Iman Troye rangka strategi sepanjang PKP
Menjadi penyanyi baru saat pandemik melanda negara semestinya mempunyai cabaran yang tersendiri. Bagi penyanyi yang tersenarai sebagai bintang 2021, Iman Troye, strategi tepat perlu dirangka bagi memastikan peminat terus mengikuti perkembangan kerjaya seninya.

COVID-19: Individu pernah ke kawasan berisiko diminta segera buat saringan - Pengarah Kesihatan Sarawak
Sesiapa yang telah ke tempat berisiko sama ada untuk mengunjungi ahli keluarga, rakan, atau menghadiri sebarang majlis seperti perkahwinan atau pengebumian pergi membuat saringan.

PdPR | MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memandang serius akan rungutan pelbagai pihak mengenai kekurangan peranti mudah alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

Isu PdPR | Sediakan kupon subsidi beli laptop - Shahril Hamdan
Kerajaan boleh menyediakan kupon subsidi untuk pembelian laptop bagi membantu pelajar menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Menurut Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, kupon subsidi itu boleh diberikan sebanyak 1,000 ringgit kepada golongan B40 serta 500 ringgit kepada golongan M40.

Sumbangan NGO | Pelajar IPT bantu penduduk terjejas COVID-19
Pelbagai usaha dan bantuan disalurkan kepada orang ramai yang terjejas berikutan pandemik COVID-19. Antara NGO terlibat Youth of Strength & Happiness (YOSH) yang telah tampil menyumbang bantuan kepada lebih 100 penduduk di Teluk Suayon Lahad Datu.

Beri keyakinan kepada guru urus PdPR - NUTP
Aminuddin berkata, segala kekurangan dan kelemahan dalam kaedah itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

TERKINI: Anwar fail permohonan semakan kehakiman

AWANI Ringkas: KSN jalani kuarantin kendiri sehingga 31 Jan | Pastikan pendapatan naik selari pemulihan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

PdPR: MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih
MOSTI memandang serius rungutan plebagai pihak terutamanya ibu bapa mengenai kekurangan peranti mudah alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

95 hospital swasta setuju bantu rawat pesakit COVID-19 - Dr Noor Hisham
95 buah hospital swasta bersetuju untuk membantu kerajaan dalam merawat pesakit COVID.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Program vaksinasi COVID-19 dijangka selesai akhir tahun ini - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan program vaksinasi COVID-19 di negara ini dapat diselesaikan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

KKM jangka kes harian COVID-19 kembali kepada dua angka Mei ini
Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes harian positif COVID-19 kembali kepada dua angka pada Mei ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

"Kami kerja berpasukan, saya hanya penyampai" - Dr Noor Hisham
Tanggapan yang mendakwa hanya Ketua Pengarah Kesihatan sahaja membuat keputusan berkaitan COVID-19 adalah tidak benar sama sekali.

COVID-19: Kluster misi bantuan banjir dikenal pasti - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan 13 kluster baharu dikenal pasti pada Isnin dan sebahagian besar adalah kluster tempat kerja.

COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Data dan informasi terkini kes harian COVID-19 di Malaysia

11 kes kematian baharu akibat COVID-19, ini tumpuan kenyataan media KKM
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 25 Januari.

PKPD di Penjara Taiping bermula esok
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan bermula 26 Januari 2021 sehingga 8 Februari 2021.

Genap setahun negara dibadai COVID-19, warga KKM tetap komited perangi pandemik
KKM menyatakan kerja tetap diteruskan seperti biasa oleh semua pengurusan tertingginya dan juga barisan hadapan.