awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang pusat data teroka sumber air bawah tanah
Ramai bekas pemimpin mohon kembali kepada UMNO, keputusan selepas PAU - Asyraf
PGA tumpaskan sindiket pemerdagangan manusia, tahan PATI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ONE Championship: Tahap berbeza! Rifdean Masdor buat 'Rodtang Indonesia' terlentang dalam pusingan pertama

Astro Arena
Astro Arena
17/01/2026
04:45 MYT
ONE Championship: Tahap berbeza! Rifdean Masdor buat 'Rodtang Indonesia' terlentang dalam pusingan pertama
Rifdean mendominasi lawan dengan siri tendangan dan sikuan keras sejak loceng permulaan bunyi. - Gambar/ Stadium Astro
PETARUNG Muay Thai Negara, Rifdean Masdor, jelas berada di tahap tersendiri apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Muhammad Redho 'Rocky', secara knock out (KO) dalam pusingan pertama acara ONE Friday Fights 138 di Stadium Lumpinee, Bangkok malam tadi.

Ringkasan AI
  • Rifdean Masdor menewaskan Muhammad Redho 'Rocky' dari Indonesia secara knock out (KO) dalam pusingan pertama acara ONE Friday Fights 138 di Stadium Lumpinee, Bangkok.
  • Rifdean mendominasi lawan dengan siri tendangan dan sikuan keras sejak loceng permulaan bunyi.
  • Serangan bertubi-tubi Rifdean menyebabkan Redho terlentang di atas gelanggang sehingga tidak mampu meneruskan pertarungan, menjadikan ini kemenangan ketiga berturut-turut bagi Rifdean.

Sebaik loceng permulaan dibunyikan, juara dunia B-23 tiga kali itu jelas mendominasi lawan yang digelar 'Rodtang Indonesia' berkenaan dengan siri tendangan dan sikuan keras.
Menuju ke minit terakhir pusingan pertama, Rifdean melakukan satu umpanan sebelum melepaskan 'spinning elbow' yang tepat ke muka Redho sehingga lawan itu terlentang di atas gelanggang.
Redho masih dapat bangun sebelum kiraan pengadil tamat tetapi belum sempat dia mengatur nafas, Rifdean datang dengan satu 'tendangan terbang', yang tepat ke mukanya, disusuli dengan deretan serangan bertubi-tubi tanpa henti.
Ia mengakibatkan Redho tertiarap dan disahkan tidak dapat meneruskan pertarungan untuk Rifdean memperoleh kemenangan ketiga berturut-turut di arena berkenaan. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#ONE Championship
#Rifdean Masdor
#Muhammad Redho 'Rocky'
#ONE Friday Fights 138
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan