awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 'Mengarut!' - China kecam tindakan saman Missouri

Astro Awani
Astro Awani
23/04/2020
00:56 MYT
COVID-19: 'Mengarut!' - China kecam tindakan saman Missouri
Kerajaan China menyelar tindakan Missouri yang memfailkan saman ke atasnya dalam isu pandemik COVID-19. -Gambar fail
Kerajaan China menyelar tindakan sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS) yang memfailkan saman ke atasnya berhubung isu pandemik COVID-19.
Jurucakap Kementerian Luar Geng Shuang pada Rabu berkata tindakan undang-undang itu "tidak benar dan tidak berasas sama sekali."
Kerajaan China menerusi kementeriannya berulang kali menafikan dakwaan lewat melaporkan tahap penularan wabak tersebut di bandar Wuhan di mana virus itu mula dikesan hujung tahun lalu.
"Saman ini sangat mengarut, tidak benar dan tiada asas dari segi undang-undang langsung," kata Geng pada taklimat hariannya.
Tambahnya, sejak wabak itu bermula, China bertindak secara "terbuka, telus, dan bertanggungjawab."
Beliau turut mengusulkan agar AS menarik balik tindakan undang-undang yang "menyakitkan hati" itu.
Kerajaan negeri Amerika Syarikat (AS) memfailkan tuntutan ganti rugi daripada China berhubung dakwaan berkaitan COVID-19.
Tuntutan yang difailkan di mahkamah persekutuan pada Selasa itu dibuat Missouri ke atas China kerana dakwaan penipuan serta tidak melakukan tindakan yang cukup untuk menghentikan pandemik COVID-19.
Ia merupakan tuntutan pertama selepas desakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menghukum China serta peranan Beijing dalam menangani isu tersebut.
BACA: COVID-19: Missouri tuntut ganti rugi daripada China
Langkah diambil Missouri walau bagaimanapun dilihat hanya sekadar simbolik memandangkan tindakan saman ke atas negara luar secara amnya tidak dibenarkan dalam undang-undang AS.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Geng Shuang
#koronavirus
#Missouri
#saman ke atas china
#tindakan undang-undang
#tuntutan ganti rugi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan