KUALA LUMPUR:Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menasihatkan agar sambutan Thaipusam bagi tahun 2021 tidak diadakan secara besar-besaran seperti yang berlangsung saban tahun.
Presiden MMA Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata mungkin adalah mustahil untuk mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dengan kehadiran ramai penganut Hindu dan orang ramai yang akan membanjiri kuil-kuil pada acara sambutan perayaan itu.
Tahun hadapan, Thaipusam jatuh pada 28 Jan tetapi penganut Hindu akan membuat persiapan untuk membayar nazar mereka seawal tiga bulan sebelum tarikh berkenaan.
"Pastinya lebih satu juta orang dijangka akan menghadiri sambutan Thaipusam (di kuil Batu Caves), dan kawalan ke atas pengunjung seramai itu nampak mustahil dan ini boleh mengancam kesihatan dan keselamatan mereka terutamanya penganut Hindu yang hadir," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pematuhan SOP seperti pemeriksaan suhu badan, catatan kehadiran dan penjarakan fizikal mungkin amat sukar untuk dipatuhi kerana jumlah pengunjung yang ramai.
Dr Subramaniam menggesa jawatankuasa pengurusan kuil dan kerajaan supaya membuat pengumuman awal sebelum penganut Hindu memulakan persiapan membayar nazar mereka seperti membuat kavadi dan sebagainya, kira-kira tiga bulan sebelum perayaan itu.
Di Malaysia, Thaipusam disambut secara besar-besaran sekurang-kurangnya di empat tempat, di Kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves, Selangor; Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthapani di George Town, Pulau Pinang; Kuil Arul Subramaniar di Ipoh, Perak dan Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam di Sungai Petani, Kedah.
Sementara itu, Presiden Hindu Sangam Malaysia Datuk R S Mohan Shan berkata sambutan Thaipusam tahun hadapan bergantung kepada situasi pandemik COVID-19 dan keputusan kerajaan.
Beliau meminta penganut Hindu agar menghormati keputusan sekiranya kerajaan tidak membenarkan sambutan Thaipusam diadakan secara besar-besaran.
"Ia melibatkan soal kesihatan dan nyawa, jadi kita perlu membuat satu keputusan rasional," katanya.
Mohan Shan berkata penganut Hindu masih boleh bersembahyang di rumah masing-masing dan menunaikan nazar pada tahun-tahun akan datang.
Malaysia menyaksikan kenaikan mendadak kes positif COVID-19 dengan peningkatan tiga digit kes baharu dan jumlah kes mencecah 14,368 setakat tengah hari tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 08 2020
MMA menasihatkan agar sambutan Thaipusam bagi tahun 2021 tidak diadakan secara besar-besaran seperti yang berlangsung saban tahun. -Bernama
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
MMA terima 36 kes buli sejak 2017
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menerima lebih 120 kes melalui talian aduannya HelpDoc dan daripada jumlah itu, 36 adalah kes buli.
Pertambahan jawatan tetap di KKM perlu diteruskan hingga nisbah doktor dan penduduk dicapai - MMA
Pertambahan ini dan pertambahan jawatan tahun berikutnya memberi impak kepada penjagaan kesihatan lebih baik kepada rakyat.
Sijil vaksinasi palsu: MMA mahu hukuman paling berat terhadap mereka terlibat
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes pengeluaran sijil vaksinasi COVID-19 palsu dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Dapatkan kit ujian kendiri COVID-19 yang diluluskan PBPP sahaja - MMA
Presiden MMA Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata orang ramai perlu menyemak senarai kit ujian kendiri yang diluluskan melalui laman web PBPP sebelum membuat pembelian.
MMA gesa kerajaan tangguh kelonggaran SOP
Tegas MMA, sebarang keputusan untuk melonggarkan perintah kawalan perlu disokong bukti saintifik.
Pakar perubatan bimbang demonstrasi burukkan situasi COVID-19
Pakar perubatan melahirkan kebimbangan tindakan sesetengah pihak menganjur demonstrasi ketika negara sedang bergelut dengan COVID-19 akan memburukkan lagi situasi.
MMA minta kelonggaran penguatkuasaan di klinik swasta
MMA memohon kerajaan memberikan sedikit kelonggaran dari segi penguatkuasaan kepada klinik perubatan swasta yang semakin banyak menerima lambakan pesakit dari fasiliti kerajaan.
Sistem perlu ditambah baik, beri peluang doktor kontrak maju dalam kerjaya - SCHOMOS
Penting untuk memastikan doktor-doktor muda dalam negara boleh memajukan diri dalam laluan kerjaya masing-masing.
Siasat dakwaan syarikat swasta jual vaksin COVID-19 - MMA
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa pihak berkuasa berkaitan termasuk Majlis Perubatan Malaysia menjalankan siasatan penuh dakwaan bahawa vaksin COVID-19 dijual oleh syarikat swasta.
MMA cadangkan KKM lakukan saringan COVID-19 besar-besaran pada kawasan HIDE
MMA turut mencadangkan supaya KKM juga perlu melihat keperluan untuk melakukan vaksinasi besar-besaran bagi mengekang penularan di kawasan tersebut.