KUALA LUMPUR : Tindakan kerajaan mengenakan kawalan ketat meskipun mejelang Syawal hanya bertujuan untuk mengekang penularan COVID-19 yang dilihat semakin membimbangkan yang telah memasuki gelombang ketiga.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negara ketika ini sedang berada pada tahap genting yang memerlukan respon pantas dari pihak kerajaan.
“Jika tiada tindakan tegas dan drastik diambil, negara kita boleh terjerumus ke dalam suatu malapetaka kesihatan dan krisis nasional yang parah.
“Jadi, dua hari yang lalu saya telah umumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan khas sempena Aidilfitri pada Rabu.
Menurut beliau, keadaan itu juga memaksa larangan terhadap aktiviti sosial, pendidikan, dan sukan melainkan sukan yang dilaksanakan di tempat terbuka.
Ini juga termasuk dengan larangan aktiviti ziarah menziarahi sewaktu musim perayaan, bagaimanapun solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan had yang ditetapkan.
Ujarnya lagi, situasi COVID-19 di negara ini yang telah memasuki gelombang ketiga kini jauh lebih mencabar berbanding penularan sebelumnya terutamanya dengan kewujudan varian baharu yang lebih agresif.
BACA: PKP 3.0: 'Saya tahu, ini bukan satu keputusan yang popular' - PM
“Sejak beberapa hari yang lalu, kes-kes positif COVID-19 di negara kita mencecah lebih 4,000 kes sehari.
“Lebih membimbangkan, terdapat varian-varian baharu COVID-19 yang lebih ganas seperti yang dialami di India, United Kingdom, Brazil, Afrika Selatan dan beberapa buah negara lain.
"Saya cukup bimbang apabila varian-varian ini telah mula dikesan di negara kita,” katanya lagi.
Tegasnya, jika varian-varian baharu itu tidak disekat, negara dijangka berdepan dengan kes harian yang mencecah sehingga lima angka dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Kata Muhyiddin, pada ketika itu nanti, sistem kesihatan berada pada tahap kritikal dan akan lumpuh sepertimana yang berlaku di negara lain.
“Kita boleh tambah jumlah katil, bekalan oksigen dan ventilator memandangkan ketika ini hospital dalam negara hampir mencapai kapasiti maksimum dengan katil wad Unit Rawatan Rapi (ICU) semakin penuh.
"Namun, sebanyak mana katil dan kelengkapan perubatan yang disediakan sekalipun tidak akan mampu menampung sekiranya kes positif naik dengan mendadak," tambahnya.
Hilmi Malik
Wed May 12 2021
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, malam ini. - Foto BERNAMA
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.