awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
KKM pertimbang hasrat Johor majukan tanah untuk bangunkan Rumah Mampu Milik
MALAYSIA
Peluasan SST tidak beri kesan besar kepada ibu bapa hantar anak ke institusi swasta
MALAYSIA
Peserta negara serantau bincang isu kesihatan mental belia ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

COVID-19: NGO mulakan inisiatif vaksin rumah ke rumah

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
07/07/2021
00:10 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: NGO mulakan inisiatif vaksin rumah ke rumah
Program jangkauan vaksin ini akan diimplementasi secara berperingkat di seluruh negara secepat mungkin. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Beberapa agensi bukan kerajaan (NGO) telah mengambil inisatif membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mempercepatkan pemberian vaksin di kalangan rakyat negara ini.
Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Pertubuhan Malaysian Women’s Action for Tobacco Control and Health (MYWATCH), Malaysian Medical Association (MMA) dan Yayasan myNadi antara yang terlibat pada Selasa memulakan program vaksinasi rumah ke rumah.
Ia membabitkan individu yang uzur, terlantar sakit serta golongan kurang upaya (OKU) yang tidak berupaya pergi ke pusat penerimaan vaksin awam.
“Sepanjang pandemik COVID-19, kami bertungkus-lumus memastikan pesakit dengan penyakit kronik, termasuk kanser, dapat terus menerima penjagaan dan rawatan yang diperlukan melalui pelbagai inisiatif.
"Apabila KKM menghubungi kami untuk meminta bantuan dalam inisitatif vaksinasi ini, kami tidak teragak-agak.
"Kami menyokong penuh segala usaha vaksinasi bagi memastikan negara kembali pulih secepat mungkin,” kata Datuk Dr Saunthari Somasundaram, Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.
“Kami dari golongan NGO menyokong usaha menangani pandemik ini melalui pelbagai cara.
"Dari menyediakan peralatan dan keperluan perubatan di hospital kerajaan sehinggalah rancangan pembekalan makanan bagi golongan asnaf dan pesakit di hospital," kata Roslizawati Md Ali, Presiden MYWATCH.
Program jangkauan vaksin ini dikawal selia Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM dan akan diimplementasi secara berperingkat di seluruh negara secepat mungkin.
Penjaga boleh mendaftarkan individu di bawah jagaan mereka untuk dimasukkan ke dalam program ini dengan menghubungi talian bebas 1800-88-1000 atau emel [email protected].
Mereka yang mahu mendaftar sebagai sukarelawan pula boleh menghubungi 03-26987300 atau emel [email protected]
Topic Berkaitan
#vaksin
#Malaysian Medical Association
#NGO
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#OKU
#COVID-19
#program vaksinasi
#penyakit kronik
#uzur
#jangkauan vaksin
#Persatuan Kanser Kebangsaan
#MyWatch
#sukarelawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami