awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Nikah 'online' dibenar untuk kes tertentu - Ahmad Marzuk

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
19/07/2021
00:25 MYT
COVID-19: Nikah 'online' dibenar untuk kes tertentu - Ahmad Marzuk
Ahmad Marzuk berkata kebenaran perkahwinan secara dalam talian adalah bergantung kepada syarat dan kelulusan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri. -Gambar fail
KOTA BHARU: Pernikahan secara dalam talian dibenarkan bagi pasangan yang mendaftar sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan atau pasangan yang sudah lama menunggu untuk diijab kabul.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata bagi pasangan yang baru mendaftar pada waktu ini, ia bergantung kepada keperluan dan perbincangan sebelum kebenaran diberikan.
"Kahwin online hanya dibenarkan kepada mereka yang lama mendaftar sebelum PKP.
"Yang mendaftar dalam tempoh PKP, kita lihat kepada kes.
"Kalau sekiranya tindakan perlu, akan kita bawa kepada perbincangan untuk dibenarkan," kata Ahmad Marzuk.
Namun pihaknya bimbang jika ia disalahgunakan kerana kebenaran hanya diberikan kepada kes tertentu atau apabila tempoh PKP yang berlarutan.
"Paling penting ialah kita tidak menyalahgunakan khidmat kahwin online ini dan ia mesti dibuat berdasarkan keperluan yang sangat mendesak," kata Ahmad Marzuk.
Beliau menjelaskan kebenaran perkahwinan secara dalam talian bergantung kepada syarat dan kelulusan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri.
Topic Berkaitan
#nikah
#dalam talian
#PKP
#Ahmad Marzuk Shaary
#Pernikahan secara dalam talian
#diijab kabul
#majlis agama Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan