KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di Malaysia catat aliran peningkatan selepas tujuh hari berada pada kadar penurunan.

Pada Jumaat, ia meningkat ke 1.09 berbanding 1.07 hari sebelumnya.

11 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Terengganu catat kadar tertinggi dengan 1.37, diikuti Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Putrajaya dan Johor.

Negeri yang turut mencatatkan kadar melebihi purata kebangsaan adalah Sabah, Pahang, Selangor dan Melaka.

Beberapa negeri pula catat Rt di bawah purata kebangsaan iaitu Perak, Negeri Sembilan, Sarawak dan Labuan.

Sementara Perlis rekodkan tiga kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.