awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada peletakan jawatan beramai-ramai Exco FAM - Mohd Yusoff

Bernama
Bernama
16/12/2025
06:50 MYT
Tiada peletakan jawatan beramai-ramai Exco FAM - Mohd Yusoff
Mohd Yusoff Mahadi bekata berita yang tular di media sosial berhubung perkara terbabit adalah tidak benar dan tidak berasas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan peletakan jawatan beramai-ramai atau pembubaran barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) badan induk itu.

Ringkasan AI
  • FAM menafikan dakwaan peletakan jawatan beramai-ramai atau pembubaran barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) badan induk itu berdasarkan kenyataan pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.
  • Pelantikan dan pemilihan Exco FAM dilakukan melalui saluran sah dan berperlembagaan, menurut proses pengundian di Kongres FAM serta garis panduan yang ditetapkan oleh badan induk bola sepak antarabangsa.
  • FAM menegaskan struktur kepimpinan sedia ada terus menjalankan tanggungjawab dengan komitmen untuk memastikan kelangsungan tadbir urus serta pembangunan bola sepak negara demi kepentingan Malaysia.

Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi bekata berita yang tular di media sosial berhubung perkara terbabit adalah tidak benar dan tidak berasas.
"Untuk makluman, pelantikan dan pemilihan semua Exco FAM dibuat melalui saluran yang sah dan berperlembagaan, hasil daripada proses pengundian di Kongres FAM selaras dengan Statut FAM serta garis panduan yang ditetapkan oleh badan induk bola sepak antarabangsa.
"FAM menegaskan bahawa struktur kepimpinan sedia ada terus menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan penuh komitmen demi memastikan kelangsungan tadbir urus serta pembangunan bola sepak negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Yusoff berkata FAM kekal komited untuk terus beroperasi secara telus, profesional dan berintegriti demi kepentingan bola sepak Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#skandal pemain warisan
#exco letak jawatan
#FIFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan