awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pejabat kesihatan kesan tetamu hadir majlis akad nikah di Bukit Indera Muda, P. Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
08/09/2020
12:01 MYT
COVID-19: Pejabat kesihatan kesan tetamu hadir majlis akad nikah di Bukit Indera Muda, P. Pinang
Dr Asmayani berkata, ketika ini pegawainya sedang melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin dan sedang membuat senarai berkaitan tetamu di majlis berkenaan.
Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah sedang mengesan tetamu yang menghadiri majlis akad nikah di Bukit Indera Muda, Permatang Pauh pada 29 Ogos lepas selepas salah seorang tetamu yang hadir disahkan positif COVID-19.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Asmayani Khalib, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Menurutnya, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai telah mengeluarkan notis meminta tetamu yang hadir di majlis berkenaan menghubungi talian 04-5397884 untuk maklumat lanjut.
Dr Asmayani berkata, ketika ini pegawainya sedang melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin dan sedang membuat senarai berkaitan tetamu di majlis berkenaan.
Sehubungan itu, beliau berharap mereka yang terlibat memberikan kerjasama dan tampil membuat pemeriksaan dalam tempoh segera.
"Setakat ini, itu sahaja maklumat yang dapat saya berikan. Bagaimanapun pegawai kita sedang giat menyiapkan senarai bagi mengesan kumpulan berkenaan dan kita harap mereka menghubungi Pejabat Kesihatan SPT dengan kadar segera," katanya.
Dr Asmayani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai notis tersebar di laman media sosial Facebook sejak tengahari Selasa yang meminta tetamu yang hadir sebuah majlis akad nikah di Bukit Indera Muda pada 29 Ogos lepas.
Topic Berkaitan
#Bukit Indera Muda
#COVID-19
#Dr Asmayani Khalib
#Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah
#Permatang Pauh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan