awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran Donald Trump: AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pembantu klinik bergejala cetus kluster terbaharu di Sabah

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
26/08/2021
15:24 MYT
COVID-19: Pembantu klinik bergejala cetus kluster terbaharu di Sabah
Seorang pembantu klinik yang dikesan bergejala mencetuskan kluster terbaharu di Sabah yang dikenali sebagai Kluster Hamparan 2, Kinabatangan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA KINABALU: Seorang pembantu klinik yang dikesan bergejala mencetuskan kluster terbaharu di Sabah yang dikenali sebagai Kluster Hamparan 2, Kinabatangan.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata kluster penularan tempat kerja itu melibatkan sebuah ladang sawit di Mukim Sukau.
"Kes indeks adalah pembantu klinik, wanita berusia 24 tahun di ladang tersebut yang disahkan positif COVID-19 pada 18 Ogos, setelah bergejala sejak 12 Ogos. Beliau telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya.
"Daripada 77 kontak yang disaring, terdapat 20 lagi kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut dijangkiti COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 21 kes," katanya menerusi satu kenyataan media pada Khamis.
Tambahnya, aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 bagi negeri ini berkata sebanyak 3,487 kes positif baharu telah dilaporkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 134,517 kes.
Tiga daerah yang mencatatkan kes tertinggi ialah Kota Kinabalu (609 kes), Penampang (450 kes) diikuti Sandakan (367 kes).
Sementara itu, sebanyak 26 kes kematian dilaporkan, iaitu 11 kes di Tawau, sembilan kes di Kota Kinabalu, tiga kes di Putatan manakala Pitas, Papar, dan Keningau masing-masing satu kes.
Topic Berkaitan
#Sabah
#Kluster Hamparan 2
#Kinabatangan
#Masidi Manjun
#Mukim Sukai
#pembantu klinik
#ladang sawit
#kes positif
#COVID-19
#Hospital Kinabatangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan