awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Penduduk Perlis diingatkan tidak ambil mudah SOP

Bernama
Bernama
31/10/2020
06:44 MYT
COVID-19: Penduduk Perlis diingatkan tidak ambil mudah SOP
SAIFUDIN: Masyarakat tidak seharusnya alpa dan bersikap mengambil mudah. - Bernama
PADANG BESAR:Masyarakat di Perlis diingatkan agar tidak mengambil mudah pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) walaupun negeri itu berstatus zon hijau COVID-19.
Ini kerana kata Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Saifudin Aslin Abbas, di sebalik penguatkuasaan SOP yang melibatkan seluruh negara itu, masih ada individu khususnya di daerah ini, yang melanggar arahan berkenaan.
Contohnya, hari ini sebanyak empat kompaun dikeluarkan kepada mereka yang tidak mematuhi arahan itu semasa operasi pematuhan SOP PKPP dijalankan di kawasan Anjung Tinjau Wang Kelian dan Pasar Pagi Beseri, katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun katanya, secara keseluruhan kadar pematuhan SOP PKPP di Padang Besar adalah tinggi iaitu 90 peratus.
"Masyarakat tidak seharusnya alpa dan bersikap mengambil mudah tentang perkara ini kerana kita perlu bersama-sama untuk membendung wabak ini," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#pematuhan
#SOP
#Perlis
#zon hijau
#pandemik
#COVID-19
#Saifudin Aslin Abbas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan