KUNAK:Penduduk Kunak resah apabila bank ditutup sementara dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tidak beroperasi di daerah ini hampir dua minggu.
Difahamkan, perkhidmatan berkenaan tidak beroperasi sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) dilaksanakan sejak 29 Sept lepas bagi membendung penularan COVID-19 di daerah itu.
Seorang pekerja ladang di sini yang mahu dikenali sebagai Roy, 31, berkata wang gaji yang diterimanya dimasukkan ke dalam bank, oleh itu dia risau kerana duit dalam tangan sudah hampir habis tetapi tidak dapat mengeluarkan wang di bank atau ATM.
Seorang penduduk dikenali sebagai Rahim, 42, pula berharap kedua-dua perkhidmatan itu dapat beroperasi semula kerana orang ramai kini terdesak untuk kegunaan membeli barang keperluan dan hanya premis tertentu sahaja yang menyediakan pembayaran menggunakan kad debit atau kredit.
Sementara itu, Pegawai Daerah Kunak Majaran Osman berkata pihaknya mengeluarkan surat memohon kepada bank terlibat agar memulakan operasi dengan kadar segera.
"Saya ada menerima surat balas daripada BSN memberitahu cawangan itu ditutup ekoran staf bank sedang menjalani perintah wajib kuarantin selama 14 hari setelah menjalani ujian saringan COVID-19 berikutan terdapat pelanggan bank itu disahkan positif," katanya.
Menurut Majaran, pihak BSN mencadangkan agar pelanggan yang mempunyai kemudahan kad ATM untuk ke ejen berdaftar BSN di Kunak iaitu Pasaraya Sionh-Ho (9 pagi hingga 6 petang) atau Kedai Runcit 7-7 Trading (8 pagi hingga 6 petang), untuk urusan asas perbankan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 07 2020
Penduduk Kunak resah apabila bank ditutup sementara dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tidak beroperasi di daerah ini hampir dua minggu. - KKMM
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Warga emas rentung dalam kebakaran rumah kongsi
Seorang warga emas berusia 64 tahun rentung dalam kebakaran rumah kongsi pekerja di Kunak Jaya Lorong 7, di sini, hari ini.
Kasih seorang sahabat: "Meh balik raya dengan ambe deh"
Amirol berkata hatinya berasa tidak tenang memikirkan keadaan Sufri menguruskan diri di asrama kerana masalah penglihatan serius dihadapinya.
Tiga daerah di Sabah jalani saringan COVID-19 secara besar-besaran
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan ujian saringan COVID-19 secara besar-besaran bagi penduduk daerah Lahad Datu, Tawau dan Kunak dalam tempoh terdekat.
Polis nafi berita penemuan emas di Kunak
Polis menafikan dakwaan menerusi aplikasi WhatsApp kononnya seorang pekerja ladang menemui emas di sebuah terowong tanah kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak.
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di Kunak
Seorang wanita warga emas rentung selepas rumah yang didiaminya di perkampungan atas air di Pangi Hujung, Kunak, dekat sini, musnah dalam kebakaran awal hari ini.