SETIA ALAM: Pengusaha industri acara merayu kerajaan membuka semula industri itu yang kini sangat tenat, ibarat telur di hujung tanduk.
Pengasas Tirai Ratu Event Hall, Rita Hazali berkata, banyak industri lain telah dibenarkan untuk beroperasi meskipun pandemik masih belum berakhir dan kebenaran sama juga perlu diberikan kepada industri acara.
Menurutnya, mereka juga mempunyai keluarga dan komitmen bulanan yang perlu dilunaskan pada setiap bulan.
“Apakah yang membezakan kami dengan industri lain yang telah dibuka semula dan dibenarkan beroperasi di dalam norma kehidupan yang barhau?
“Kami juga memerlukan suntikan yang sewajarnya, sama seperti penggiat industri kreatif dan yang lainnya. Kami juga usahawan yang mencari rezeki sama seperti usahawan dalam industri yang lain.
“Apakah yang membezakan kami dengan mereka apabila industri acara ini ditutup sehingga 12 bulan?” soalnya ketika mengadakan sidang media di sini pada Selasa.
Tegasnya, industri lain juga terjejas namun tidaklah seteruk mereka yang 12 bulan tidak beroperasi sehingga menyebabkan mereka hilang pendapatan.
“Kalaulah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan dan kita sebut sebagai total lost, kami daripada industri acara begitulah diumpamakan.
“Kami memohon untuk industri acara beroperasi dan kami juga diberikan peluang yang seimbang dan adil sama seperti industri lain yang dibenarkan beroperasi,” ujarnya.
Dalam pada itu, mereka turut menyarankan beberapa penambahbaikan baharu kepada prosedur operasi standard (SOP) sedia ada untuk industri acara.
Antaranya tiada penglibatan warga emas, kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan tetamu yang menghidap penyakit berisiko dan kronik tidak dibenarkan hadir ke majlis.
“Selain itu, bilangan kehadiran tetamu untuk satu masa hanyalah satu jam untuk memberi peluang kepada tetamu yang lain. Tetamu hadir mengikut aturan masa ditetapkan.
“Kerajaan juga disaran untuk benar-benar faham acara bagaimana yang dilarang untuk diadakan. Contohnya, karnival, konsert dan perhimpunan orang ramai jatuh dalam skop acara yang tidak dibenarkan.
“Majlis akad nikah dan kahwin serta acara sambutan kecil tidak seharusnya termaktub dalam acara tidak dibenarkan kerana biasanya ia diuruskan dengan SOP terkawal dan ketat,” katanya lagi.
Astro Awani
Tue Feb 23 2021

Banyak industri lain dibenarkan untuk beroperasi meskipun pandemik masih belum berakhir dan kebenaran sama juga perlu diberikan kepada industri acara. - Gambar Hiasan

Khairuddin tiada hak di sisi undang-undang minta Muhyiddin letak jawatan - AGC
Persoalan sama ada Perdana Menteri hilang keyakinan majoriti tidak ditentukan dalam mana-mana forum atau pihak berkuasa.

Parlimen tidak boleh bersidang tanpa notis Perdana Menteri
Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan Parlimen dengan sewenang-wenangnya dan sebaliknya ia memerlukan notis daripada Ketua Majlis (Perdana Menteri).

Perlu wujud sistem sokongan untuk memudahcara kehidupan wanita bekerjaya - Nor'Afiza Saim
Memandangkan wanita menggalas pelbagai tanggungjawab berbanding lelaki, perlu ada sistem sokongan supaya mereka dapat mencapai potensi sebenar di tempat kerja tanpa menggadaikan kebajikan keluarga, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, Nor'Afiza Saim.

Peranan lelaki bentuk wanita perkasa bermula di rumah
Besar tanggungjawab lelaki untuk membentuk budaya memartabat wanita dengan bermula dengan peranannya sebagai suami dan bapa dalam keluarga, kata

Peranan wanita dalam segala aspek perlu benar-benar difahami - Haniza Talha
Setiap anggota masyarakat dari kepimpinan tertinggi sehingga rakyat kebanyakan, baik lelaki dan wanita, perlu benar-benar memahami peranan wanita sebagai pengimbang kepada kesejahteraan dunia, kata ADUN Lembah Jaya, Haniza Talha.

Budaya tradisi yang menekan potensi wanita harus diubah
Sudah tiba masa sesetengah budaya temurun yang dilihat menekan wanita daripada berupaya mencapai potensi sebenar mereka perlu diubah, kata ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin.

10 Berita Pilihan - (08 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: Pertemuan PM-Raja Salman pada Selasa | Tiada kerjasama PRU15 antara dap dan UMNO

KBS bentang protokol pengurusan penonton di stadium minggu depan
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican optimis penyokong dapat kembali menyaksikan aksi pasukan kegemaran masing-masing dalam masa terdekat.

983 individu tiba di pintu masuk negara, ini lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri
Seramai 983 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

Rentas daerah: Kegiatan ekonomi di pekan Rantau Panjang kembali rancak
Hampir 95 peratus kedai dan gerai telah dibuka selain kenderaan yang keluar dan masuk juga semakin bertambah.

PKPB, PKPP: MOTAC keluar senarai premis pelancongan dibenar beroperasi
Premis terlibat termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya serta persembahan budaya dan lain-lain.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Ahad
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang Ahad
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: Kelonggaran sekatan di UK mula dengan pembukaan sekolah pada Isnin
Orang ramai digesa untuk mematuhi prosedur operasi standard dan berjaga-jaga agar sekatan tersebut tidak lagi terbatas selepas ini.

PKP: 442 ditahan, aktiviti pusat hiburan masih catat kesalahan tertinggi - Ismail Sabri
Daripada jumlah itu, 430 individu dikenakan kompaun, manakala 11 direman dan seorang dijamin.

Kenduri tahlil antara punca kes COVID-19 di Terengganu hari ini
Tindakan sebuah keluarga berkumpul bagi menghadiri kenduri tahlil dalam jumlah ramai tanpa pematuhan SOP yang sempurna menjadi antara punca kes baharu COVID-19 di Terengganu hari ini.

Pakej bantuan baharu dijangka diumum dalam tempoh terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian sedang mengumpulkan data bagi meneliti individu dan syarikat yang benar-benar terkesan, ketika ini.