KUALA LUMPUR: Penutupan aktiviti sosial dan ekonomi yang berpanjangan akan memberi kesan buruk kepada ekonomi Malaysia, menurut Persatuan Pekilang Plastik Malaysia (MPMA).
Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada skala penuh boleh menyebabkan penutupan perniagaan dan pemberhentian pekerja, katanya.
Oleh itu, persatuan tersebut menggesa pihak berkuasa untuk mempertimbangkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dilaksanakan untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 berbanding sekatan pergerakan sepenuhnya.
"SOP dan garis panduan kesihatan yang lebih ketat yang memerlukan masyarakat, majikan dan pekerja di tempat kerja untuk mematuhinya dengan sewajarnya terbukti menjadi mekanisme yang berkesan untuk membendung penularan COVID-19.
"Contoh yang baik ialah SOP ketat yang dilaksanakan oleh sektor pembuatan," kata Presiden MPMA Datuk Lim Kok Boon dalam kenyataan hari ini.
Persatuan itu berkata demikian bagi mengulas pelbagai perbincangan mengenai penguatkuasaan PKP pada skala penuh di Selangor jika kes COVID-19 di negeri ini terus meningkat.
Selain itu, MPMA turut menggesa kerajaan untuk mempercepatkan program vaksinasi dengan membenarkan sektor swasta mengambil bahagian dalam pembelian dan pentadbiran vaksin untuk mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.
Ini akan menjadi kaedah yang lebih berkesan untuk mengekang jangkitan COVID-19 dalam jangka masa panjang, katanya.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk tempoh hampir dua bulan bermula 13 Jan hingga 4 Mac, 2021, terdapat sejumlah 226 kluster dalam sektor pembuatan dengan 28,524 kes.
Apabila sektor pembuatan mula mengguna pakai SOP yang lebih ketat mulai Mac 2021, kluster telah berkurangan kepada 113 dengan 9,271 kes untuk tempoh dua bulan dari 5 Mac hingga 5 Mei, 2021.
Kluster kemudiannya berkurangan dengan ketara kepada 31 dengan 1,598 kes dari 6-16 Mei, 2021.
"Penutupan sepenuhnya akan memberi kesan buruk kepada perniagaan dan ekonomi yang pulih. Ini akan menyebabkan kehilangan pekerjaan dan masalah sosial yang akan memberi kesan kepada keluarga," kata Lim.
Malaysia hari ini mencatatkan jumlah kes COVID-19 harian tertinggi sebanyak 6,075.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021
MPMA menggesa kerajaan untuk mempercepatkan program vaksinasi dengan membenarkan sektor swasta mengambil bahagian dalam pembelian dan pentadbiran vaksin. - mpma.org.my
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
MITI jamin tiada lagi penutupan sektor ekonomi
MITI akan turut memastikan kumpulan peniaga juga tidak akan berdepan impak ekonomi sehingga memaksa beberapa sektor perniagaan terpaksa gulung tikar.
Lockdown di China? Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi, kebajikan rakyat - Khairy
Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat untuk mengikut jejak langkah China yang melaksanakan perintah berkurung di Yuzhou selepas tiga kes postif COVID-19 dikesan bandar raya itu.
Lockdown? - "Don't mention the 'L' word", tegas Khairy
"Don't mention the 'L' word," tegas Khairy Jamaluddin ketika ditanya sama ada kerajaan akan pertimbangkan untuk melaksanakan 'lockdown' memandangkan varian Omicron semakin menular dalam negara.
'Lockdown' bukan penyelesaian kepada Omicron - WHO
Pelaksanaan total lockdown atau perintah berkurung bukan satu penyelesaian bijak kepada penularan varian baharu COVID-19, Omicron..
COVID-19: Najib cadang 'circuit breaker' di negeri catat peningkatan kes
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan kerajaan melaksanakan circuit breaker atau lockdown ketat dan singkat antara lima dan tujuh hari sekiranya kes COVID-19 meningkat semula.
Kestabilan pasaran buruh pada Q1 2021 dijangka berterusan ke Q2 2021
Ini berdasarkan kadar pengangguran yang tidak berubah dan kekal stabil pada kadar purata 4.8% untuk suku pertama 2021 dan suku keempat 2020.
Tokyo 2020: Di sebalik tangisan, Dhabitah pamer semangat juang tinggi
Dhabitah menamatkan final acara tiga meter papan anjal individu wanita di Tokyo Aquatics Centre di kedudukan keempat.
Total lockdown bukan penyelesaian, patuh SOP dan tingkatkan kadar vaksinasi - Masidi
Pelaksanaan total lockdown bukan satu penyelesaian kepada masalah jangkitan COVID-19 yang terus meningkat.
Jangan kerana seronok Hari Raya Korban, sama-sama 'terkorban' akibat COVID-19 - Dr Noor Hisham
Bermula 1 Jun 2021 sehingga data terkini 16 Julai 2021, sebanyak 267 kluster komuniti dengan jumlah 17,106 kes positif COVID-19 telah dilaporkan.
COVID-19: Pengusaha F&B saran kerajaan benarkan 'dine-in', dua pelanggan satu meja
Menurutnya pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) kecewa apabila tindakan 'total lockdown' dilihat tidak menyeluruh.