KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyokong usaha menangani COVID-19.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu adalah tambahan kepada peruntukan asal RM800 juta.
Katanya, ia bagi membiayai pembelian peralatan perubatan seperti Peralatan Perlindungan Diri (PPE) serta keperluan katil dan unit rawatan rapi (ICU).
"Tambahan sebanyak RM200 juta pada tahun ini, menjadikan peruntukan menangani COVID-19 untuk kesihatan awam meningkat kepada RM1 bilion.
"Selain itu, sebanyak RM5 billion telah diperuntukkan bagi membantu mempercepatkan pelaksanaan vaksinasi sehingga Malaysia kini antara tercepat di rantau dengan RM800 milion telah dibelanjakan setakat ini, katanya.
"Sebelum ini, kadar vaksinasi adalah sekitar 30,000 hingga 40,000 suntikan sehari dan kini telah mencecah 76,000. Jumlah ini terus meningkat mulai Julai selaras dengan jadual penerimaan bekalan vaksin," katanya dalam sidang media yang diadakan secara dalam talian di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul memberitahu, dengan peningkatan kes COVID-19, peruntukan akan ditingkatkan untuk meningkatkan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) dan katil di hospital KKM, Hospital Pengajar Universiti serta menyediakan hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Katanya, peruntukan juga akan ditambah untuk meningkatkan peralatan, ubat dan bahan guna habis yang berkaitan serta pelantikan pegawai perubatan secara kontrak, termasuk pesara.
"Selain itu, kita akan terus memantau keadaan dan komited untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi membendung COVID-19.
"Kerajaan komited memastikan peruntukan yang mencukupi untuk kesihatan awam dan kelangsungan hidup golongan terjejas, sementara itu juga pentingnya PKP 3.0 ini sebagai circuit breaker untuk mengurangkan bebanan kepada sistem kesihatan negara," tambahnya lagi.
Menurut Tengku Zafrul, bukan sahaja Malaysia, malah negara lain di seluruh dunia juga sedang mengalami peningkatan kes COVID-19 sejak awal tahun 2021 dengan pelbagai varian baru.
"Oleh itu, penutupan menyeluruh bukan jalan untuk memutuskan rantaian jangkitan kerana ia akan memberi impak kepada rakyat, terutamanya kumpulan rentan," jelasnya.
Beliau memberitahu, kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh akan lebih menjejaskan golongan berpendapatan rendah dan pekerja sektor informal.
Astro Awani
Sat May 22 2021

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu adalah tambahan kepada peruntukan asal RM800 juta. - Gambar fail/BERNAMA
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.