awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IMF naikkan unjuran pertumbuhan ekonomi global berikutan tarif rendah, rangsangan fiskal

Bernama
Bernama
30/07/2025
00:00 MYT
IMF naikkan unjuran pertumbuhan ekonomi global berikutan tarif rendah, rangsangan fiskal
IMF turut menyatakan pandangan yang sedikit lebih optimistik terhadap ekonomi AS, menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara itu sebanyak 1.9 peratus pada 2025, meningkat 0.1 mata peratusan daripada unjuran April. - REUTERS
WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi global untuk 2025 kepada tiga peratus, iaitu peningkatan sebanyak 0.2 mata peratusan, lapor agensi berita Jerman dpa.
Bagi 2026, IMF kini menjangkakan pertumbuhan global sebanyak 3.1 peratus, sedikit lebih tinggi daripada anggaran sebelumnya iaitu tiga peratus.
Menurut IMF pada Selasa, peningkatan unjuran ini didorong oleh aktiviti perniagaan yang kukuh menjelang tarif yang dijangka dikenakan, tarif yang lebih rendah daripada yang dibimbangi akan dikenakan Amerika Syarikat (AS), keadaan kewangan yang bertambah baik (sebahagiannya disebabkan oleh kelemahan dolar), serta rangsangan fiskal di negara utama seperti China, Jerman dan Amerika Syarikat.
IMF turut menyatakan pandangan yang sedikit lebih optimistik terhadap ekonomi AS, iaitu ekonomi terbesar dunia.
Ia kini menjangkakan pertumbuhan ekonomi AS sebanyak 1.9 peratus pada 2025, meningkat 0.1 mata peratusan daripada unjuran April lepas.
Peningkatan ini mencerminkan pengurangan tarif baru-baru ini, walaupun IMF memberi amaran yang permintaan domestik sedang merosot lebih cepat daripada yang dijangkakan.
Bagi 2026, IMF menjangka insentif cukai akan merangsang pelaburan korporat, justeru menaikkan unjuran pertumbuhan AS kepada dua peratus, meningkat 0.3 mata peratusan.
Tekanan inflasi kekal menjadi kebimbangan di Amerika Syarikat. IMF memberi amaran yang tarif yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump menyebabkan kos import meningkat, sekali gus menaikkan kos pengeluaran.
Kos ini dijangka dipindahkan kepada pengguna, yang boleh mendorong inflasi lebih tinggi sehingga hujung tahun.
Sementara itu, pengurangan permintaan AS turut memberi kesan kepada negara pengeksport. Memandangkan syarikat berdepan lebihan inventori, IMF menjangka mereka akan menurunkan harga untuk melupuskan barangan, satu trend yang boleh menekan harga global ke bawah.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#pertumbuhan ekonomi global
#rangsangan fiskal
#IMF
#tarif AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan