awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pesakit kontak rapat dijangka meningkat di Sabah

Bernama
Bernama
18/06/2022
14:18 MYT
COVID-19: Pesakit kontak rapat dijangka meningkat di Sabah
Masidi berkata daripada 127 kes yang direkodkan hari ini, sebanyak 43 kes atau 33.86 peratus adalah daripada saringan kontak rapat, saringan bergejala 65 kes (51.18 peratus) dan lain-lain 19 kes (14.96 peratus). - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Peratusan pesakit kontak rapat COVID-19 dijangka bertambah setiap hari di Sabah sekiranya lebih ramai orang terdedah kepada pembawa virus berbahaya itu, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Masidi Manjun.
Beliau berkata susulan pertambahan kes harian di beberapa daerah khususnya yang padat dengan penduduk, peratusan pesakit kontak rapat juga mula meningkat.
Masidi berkata daripada 127 kes yang direkodkan hari ini, sebanyak 43 kes atau 33.86 peratus adalah daripada saringan kontak rapat, saringan bergejala 65 kes (51.18 peratus) dan lain-lain 19 kes (14.96 peratus).
"Sebanyak 10 daripada 32 kes baharu di Kota Kinabalu hari ini merupakan kontak rapat dan 50 peratus daripada kes di Penampang juga adalah daripada kontak rapat.
"Mengambil kira perkembangan semasa angka COVID-19 di negeri ini, amatlah disarankan agar masyarakat mematuhi semua prosedur operasi standard yang berkuat kuasa bagi mengelakkan jangkitan virus COVID-19," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata jumlah kes baharu ialah 127 menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 373,339.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sabah
#kontak rapat
#Masidi Manjun
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan