awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
India dan Pakistan saling bertukar senarai aset nuklear
Kepengerusian ASEAN: Filipina akan teruskan momentum pengerusi terdahulu
JPJ Kelantan kutip RM9.02 juta kompaun Januari-November 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: PKPD di 2 lokaliti di Pahang tamat esok - MKN

Astro Awani
Astro Awani
01/12/2021
10:32 MYT
COVID-19: PKPD di 2 lokaliti di Pahang tamat esok - MKN
Rodzi turut memaklumkan tiada pengumuman mana-mana lokaliti yang dilaksana atau dilanjutkan PKPD hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang FGV Mengkarak 1, Bera dan Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Mukim Batu Yon 1, Lipis di Pahang ditamatkan esok.
Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, PKPD di dua lokaliti itu ditamatkan setelah pihaknya meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
Katanya, PKPD di Ladang FGV Mengkarak 1 yang bermula pada 12 November lalu ditamatkan mengikut jadual.
Beliau berkata, PKPD di Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Mukim Batu Yon 1 yang bermula pada 6 November pula ditamatkan lebih awal daripada yang dijadualkan pada 3 Disember.
Dalam kenyataan harian mengenai PKPD itu, Rodzi turut memaklumkan tiada pengumuman mana-mana lokaliti yang dilaksana atau dilanjutkan PKPD hari ini.
Topic Berkaitan
#PKPD
#MKN
#Kementerian Kesihatan
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan