Kementerian Kesihatan mengesahkan 83 kes positif wabak COVID-19 telah dikesan di daerah Kluang, Johor.
Daripada jumlah itu 61 kes adalah dari Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid di Simpang Renggam.
Dengan jumlah kes yang tinggi, Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mula dikuatkuasakan di dua kawasan tersebut.
"Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di dua kawasan tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order) di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.
"Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 3,570 orang penduduk tempatan daripada 650 keluarga. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 27 Mac 2020 hingga 9 April 2020.
"Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari," jelasnya dalam satu kenyataan pada malam Khamis.
BACA: COVID-19: Malaysia catatkan 23 kes kematian, 235 kes positif baharu
Pelaksanaan perintah ini merangkumi;
-Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.
-Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.
-Semua aktiviti perniagaan dihentikan.
-Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
-Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.
-Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
-Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.
Justeru, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas dari KKM serta mematuhi arahan pihak berkuasa.
Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 07-7735224 / 07-7722434.
Nursyazwani Saiful Sham
Thu Mar 26 2020

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut. - Sumber Google Map

Public Mutual isytihar pengagihan lebih daripada RM147 juta bagi 10 dana
Public Mutual muncul pemenang terbesar pada anugerah Refinitiv Lipper Fund Awards 2023 baru-baru ini, merangkul 19 anugerah dana individu.

Rauf akan teruskan agenda pembangunan negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beri komitmen untuk teruskan agenda pembangunan negeri.

Puting beliung dahsyat melanda Little Rock
Puting beliung melanda Little Rock dan kawasan sekitarnya pada Jumaat, menerbangkan serpihan bumbung kenderaan di jalan raya.

Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia pada minggu depan.

JAIPs panggil Ustaz Wadi beri keterangan mengajar tanpa tauliah
Pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, pada Khamis.

Lebih 81 hektar hutan terbakar di Thailand
Ratusan anggota bomba dan askar di Thailand sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan yang terletak kurang 100 kilometer (km) dari ibu negara, Bangkok.

Biden ikrar akan beri bantuan sehingga pulih
Presiden Joe Biden berikrar bahawa Kerajaan Persekutuan akan memastikan kawasan yang musnah akibat puting beliung kembali pulih.

Ribut pasir melanda Baghdad
Ribut pasir yang kuat melanda Baghdad, iraq pada Jumaat, mengurangkan jarak penglihatan bagi penduduk yang tinggal di ibu kota.

Tze Yong mahu cipta 'magis' di Dubai
Beliau sedia berdepan segala kemungkinan untuk menawan BAC 2023 selepas penampilan pertama di Filipina tahun lalu tidak berhasil.

Penerima dos penggalak kedua terus bertambah, kini 2.5%
KKM sangat menggalakan pengambilan dos penggalak bagi individu berisko 60 tahun ke atas, pesakit kronik dan individu mudah mendapat jangkitan COVID-19.

Maszlee nafi penduduk Simpang Renggam buat kenduri ketika PKP
Laporan media itu tidak benar kerana menyatakan penduduk di kedua-dua kampung ini mengadakan kenduri dan aktiviti lain ketika PKP dilaksanakan.

Kes COVID-19 Simpang Renggam dipercayai berkait kluster tabligh Sri Petaling
Polis tidak menolak kemungkinan ada penduduk kampung itu yang menghadiri program tersebut dan tidak mengasingkan diri.

COVID-19: PKPD dikuat kuasa di dua kawasan di Simpang Renggam
Daripada jumlah itu 61 kes adalah dari Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid di Simpang Renggam.