KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia mencatat penurunan.

Angka itu susut kepada 1.12 pada Selasa berbanding 1.13 hari sebelumnya.

Negeri dan wilayah yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1.0 ialah Kelantan, Kuala Lumpur, Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Ini termasuk Sarawak, Kedah, Putrajaya, Labuan, Perak dan Sabah.

Sementara itu, Pulau Pinang, satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1.0.

Manakala Perlis satu-satunya negeri mencatatkan sifar kes baharu COVID-19.

Sebanyak tujuh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi pernah dicatatkan ialah 1.19 pada 17 April lalu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Nilai R-Naught | Turun ke 1.12, Kelantan masih tertinggi