KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan.

Namun, ia masih menunjukkan trend setara sama ada menurun atau meningkat sedikit selama lebih dua minggu berturut-turut.

Pada Isnin, angka itu meningkat kepada 0.92 berbanding 0.91 hari sebelumnya.

Lima negeri catat kadar R-naught melebihi 1.0.

Sabah mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.09.

Ini diikuti Labuan, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Sarawak.

Manakala negeri-negeri lain mencatatkan kadar di bawah 1.0.

Ini termasuk Johor, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Putrajaya.

Begitu juga di Pahang, Terengganu, Kedah dan Kelantan.

Perlis pula mencatatkan satu kes baharu.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.