awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendapatan minimum pekerja gig ditentukan melalui perundingan berstruktur - KESUMA
Subsidi kerajaan kekang lonjakan harga tiket penerbangan musim perayaan - Loke
Kadar zakat fitrah di Kedah ditetapkan RM9, RM15 serta RM23 tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan hilang dipukul ombak ditemukan lemas di perairan Pulau Bruit

Bernama
Bernama
13/12/2025
11:15 MYT
Nelayan hilang dipukul ombak ditemukan lemas di perairan Pulau Bruit
Mayat Aldin Rakli, 59, ditemukan nelayan yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat pada 12.05 tengah hari. - Gambar/ JBPM
MUKAH: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas tercampak ke laut apabila bot dinaikinya dipukul ombak kuat di perairan Tanjung Sirik, Pulau Bruit, Daro pada Khamis, ditemukan lemas tengah hari tadi.
Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Komander Maritim Mahkos Juing berkata mayat Aldin Rakli, 59, ditemukan nelayan yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat pada 12.05 tengah hari.
Beliau berkata mayat itu ditemukan pada kedudukan kira-kira 3.5 batu nautika barat laut dari Pantai Tekajong dan susulan penemuan tersebut, operasi itu ditamatkan pada 1.20 tengah hari.
"Mayat mangsa dibawa ke Jeti Kampung Tekajong untuk pengesahan oleh Kementerian Kesihatan dan proses pengecaman ahli keluarga, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Daro bagi tindakan lanjut.
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi Khamis, mangsa bersama adik iparnya Kaharruddin Buang, 42, yang terselamat, sedang dalam perjalanan dari Kampung Betanak, Pulau Bruit ke Kuala Matu sebelum bot mereka dipukul ombak kuat ketika melalui perairan Tanjung Sirik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan hilang
#Nelayan lemas
#Pulau Bruit
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami