MALAYSIA
COVID-19: R-naught negara meningkat kepada 1.08, Kelantan tertinggi

Sebanyak 11 negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught melebihi purata kebangsaan. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: SEBANYAK 11 negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught melebihi purata kebangsaan.
Pada Khamis, ia naik kepada 1.08 selepas kekal 1.07 selama tiga hari berturut-turut.
Kelantan mencatat kadar tertinggi dengan 1.29 diikuti Perak, Pulau Pinang, Terengganu.
Ia diikuti Sabah, Kedah, Johor, Kuala Lumpur, Sarawak, Pahang, dan Melaka.Negeri Sembilan dan Labuan masing-masing merekodkan kadar 0.98 dan 0.68.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami