awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Senarai baharu barangan SARA akan dikemas kini sebelum Ramadan
PM Anwar sangkal dakwaan Malaysia beri 5,207 hektar tanah kepada Indonesia
PRK Kinabatangan catat 33 peratus keluar mengundi, Lamag 30 peratus setakat 11 pagi - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kurangkan gula, amalkan pemakanan sihat - PM Anwar

Bernama
Bernama
24/01/2026
04:38 MYT
Kurangkan gula, amalkan pemakanan sihat - PM Anwar
Anwar melawat pesakit selepas menyempurnakan majlis pelancaran bangunan baharu Hospital Seberang Jaya hari ini. --fotoBERNAMA
BUTTERWORTH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya mengurangkan pengambilan gula memandangkan Malaysia antara negara yang mencatat kadar diabetes tertinggi di Asia.
Beliau berkata tabiat pemakanan tidak sihat khususnya pengambilan gula yang tinggi menjadi antara punca utama peningkatan masalah kesihatan awam, sekali gus memberi tekanan kepada sistem perubatan negara.
"Penggunaan gula di Malaysia ini antara tertinggi di Asia. Kerajaan membelanjakan sejumlah besar untuk perubatan tetapi amalan pemakanan sihat perlu diperkukuh agar rakyat tidak terdedah kepada pelbagai penyakit," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran blok baharu Hospital Seberang Jaya di Perai hari ini.
Anwar berkata kempen kesedaran mengenai pengurangan gula perlu dipertingkatkan termasuk melalui penyediaan pilihan makanan dan minuman yang lebih sihat di hospital serta premis kerajaan.
Beliau juga mencadangkan supaya minuman bergula dikurangkan di semua hospital, selain jamuan rasmi kerajaan turut disediakan dengan kandungan gula minimum sebagai langkah mendidik masyarakat.
Selain itu, beliau berkata hospital dan klinik juga wajar memainkan peranan lebih aktif dengan memaparkan poster serta mesej kesihatan yang jelas bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya pengambilan gula secara berlebihan.
Mengenai blok baharu Hospital Seberang Jaya, Perdana Menteri berkata ia penambahan penting bagi memperkukuh kapasiti perkhidmatan kesihatan di Seberang Perai dan kawasan sekitar, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan mutu rawatan lebih berkesan, segera dan dekat dengan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kurangkan gula
#diabetes kencing manis
#tabiat pemakanan tidak sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan