KADAR kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia catat penurunan.

Pada Khamis, ia susut ke 1.15 berbanding 1.16 pada hari sebelumnya.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi atau sama purata kebangsaan.

Terengganu catat kadar tertinggi dengan 1.36, diikuti Kelantan, Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Johor, Perak dan Putrajaya.

Seterusnya, Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan, Labuan dan Perlis.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.