NILAI kadar kebolehjangkitan di Malaysia terus mencatatkan trend penurunan ketara.

Pada Selasa, angka itu susut kepada 0.88 berbanding 0.90 hari sebelumnya.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Dua negeri mencatatkan kadar purata melebihi 1.00 iaitu Putrajaya dan Terengganu.

Ini diikuti Pahang, Perlis, Perak, Melaka, Kelantan, Sarawak dan Johor.

Sementara itu, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Sabah, dan Kuala Lumpur catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan mencatatkan tiga kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.