awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rakyat Malaysia antara empat kes import positif di Singapura

Bernama
Bernama
27/11/2020
03:00 MYT
COVID-19: Rakyat Malaysia antara empat kes import positif di Singapura
Sehingga kini, 28 orang meninggal dunia daripada komplikasi akibat COVID-19 di Singapura dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.
SINGAPURA:Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan satu daripada empat kes import COVID-19 yang diumumkan semalam membabitkan seorang lelaki warga Malaysia berusia 24 tahun.
Dilabel sebagai kes 58400, pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia itu dikenakan Notis Duduk Di Rumah (SHN).
Menurut data penuh yang dikeluarkan malam tadi, kementerian itu memaklumkan lelaki berkenaan dan tiga kes import yang lain tidak bergejala (asymptomatic) dan dikesan menerusi pengawasan dan saringan proaktif.
Setakat 12 tengah hari Khamis, republik itu melaporkan lima kes baharu dengan satu kes penularan dalam komuniti, menjadikan jumlah kes kepada 58,195.
Kali terakhir Singapura melaporkan kes dalam komuniti ialah pada 10 Nov.
Setakat ini, Singapura mengklasifikasikan 1,421 kes yang dilaporkan sebagai import, 2,272 kes dalam komuniti dan 54,502 melibatkan penghuni asrama.
Hampir 99 peratus atau 58,104 kes telah sembuh sepenuhnya manakala 43 kes masih dirawat di hospital dengan satu kes berada di unit rawatan rapi.
Sementara itu, 20 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikal sihat tetapi diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.
Sehingga kini, 28 orang meninggal dunia daripada komplikasi akibat COVID-19 di republik ini dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.
Singapura telah menamatkan kluster terakhir iaitu asrama pekerja asing pada 25 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan
#Singapura
#kes positif
#warga Malaysia
#kluster
#asrama pekerja
#pekerja asing
#kematian
#pemegang permit kerja
#Notis Duduk di Rumah
#SHN
#tidak bergejala
#kes import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan