SINGAPURA: Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 34 tahun adalah antara 21 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Isnin, demikian menurut Kementerian Kesihatan republik itu.
Kementerian itu dalam data penuh yang dikeluarkan lewat malam tadi, memaklumkan lelaki berkenaan tiba dari Malaysia untuk membantu siasatan Polis dan kes dilabelkan sebagai kes 61293.
Dikategorikan sebagai kes import, rakyat Malaysia itu adalah memegang Pas Lawatan Jangka Pendek dan tidak bergejala.
Setakat tengah hari Isnin, Singapura merekodkan sebanyak 21 kes baharu, semuanya diimport, menjadikan jumlah jangkitan akibat COVID-19 di republik itu sebanyak 60,321.
Sehingga kini, kementerian mengklasifikasikan 3,478 daripada kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,332 kes dalam komuniti dan 54,511 melibatkan penghuni di dalam asrama.
Keseluruhannya, sebanyak 60,131 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan virus itu dan didiscaj sama ada dari hospital atau kemudahan rawatan komuniti.
Kini terdapat 39 kes positif COVID-19 yang masih dirawat di hospital dengan satu kes dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi.
Sebanyak 121 individu yang mempunyai gejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi masih diuji positif bagi COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan penjagaan komuniti.
Sehingga kini, 30 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 di republik itu.
Tiada kluster baharu yang dikenal pasti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 30 2021
Setakat tengah hari Isnin, Singapura merekodkan sebanyak 21 kes baharu, semuanya diimport, menjadikan jumlah jangkitan akibat COVID-19 di republik itu sebanyak 60,321.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura
Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini.
Bapa hilang ditemukan di Singapura 4 tahun lepas meninggal dunia di Kelantan
Ali Jais meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, Kelantan, kira-kira jam 4 petang Isnin.
Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka
PETRA memaklumkan proses bidaan itu dilaksanakan menerusi platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat
MFA menasihatkan rakyat Singapura untuk menangguhkan semua perjalanan ke Iran berikutan keadaan keselamatan terkini.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Joseph Schooling bersara dari sukan renang
Schooling mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kariernya.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.