Rakyat Malaysia dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan ke Denmark sekiranya perjalanan berkenaan tidak mendesak.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, ini adalah berasaskan daripada faktor risiko mendapat jangkitan semasa berada di negara terbabit.
Ujar beliau, saranan itu adalah sebagai mengambil kira status semasa penularan COVID-19 di Malaysia yang kini memasuki gelombang kedua.
“Ini selaras dengan lockdown di Denmark yang mana sekatan perjalanan sepenuhnya akan dikuatkuasa terhadap kesemua rakyat Denmark.
“Ia termasuk warganegara asing lain yang datang dari negara tersebut daripada memasuki Malaysia atau transit di mana-mana pintu masuk,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster (COVID-19) Bilangan 3 Tahun 2020 di Perdana Putra, Putrajaya.
Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan bahawa rakyat Malaysia, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang tiba dari Denmark juga akan dikenakan perintah home quarantine (kuarantin di rumah) selama 14 hari.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan menyaran rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke wilayah atau bandar di Korea Selatan, Jepun, Itali, Iran selain China dan terbaharu ialah Denmark.
Perintah ini akan berkuatkuasa bermula 14 Mac (Sabtu) dan antara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah beberapa langkah yang akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum dilaksanakan kelak.
Faris Danial Razi
Thu Mar 12 2020

Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster (COVID-19) Bilangan 3 Tahun 2020 di Perdana Putra, Putrajaya pada Khamis. - Foto Astro AWANI/Faris Danial Razi

Tunjuk perasaan bertukar ganas: Polis tembak peluru getah, gas pemedih mata
Penunjuk perasaan antikerajaan di luar kem tentera bertukar ganas apabila polis menembak peluru getah, gas pemedih mata dan meriam air.

Tiada calon SPM di Kedah disahkan positif COVID-19
JKN Kedah bersama Kementerian Pendidikan sentiasa melakukan pemantauan berhubung pematuhan Prosedur Operasi Standard.

Vaksin: Kerajaan perlu laksana strategi mobilisasi komuniti
Strategi itu secara tidak langsung dapat memberi fokus kepada golongan yang masih ragu-ragu dan yang benar-benar mahukan vaksin.

MOTAC harap pendekatan baharu kawal COVID-19
Nancy berkata, industri pelancongan adalah berkait rapat dengan pergerakan orang ramai dari satu lokasi ke lokasi lain.

Peserta perniagaan kecil mahu kerajaan PN perkenal kembali moratorium menyeluruh
Muhyiddin dan kabinetnya menghadapi cabaran hebat untuk mengimbangi di antara kelangsungan hidup dan punca pendapatan rakyat.

Muhyiddin cekal tadbir negara menghadapi COVID-19
Tempoh setahun ini semestinya masa paling mencabar dalam kerjaya politik Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengambil alih pucuk kepimpinan ketika negara menghadapi pandemik COVID-19.

Pembukaan Sekolah | Kanak-kanak tahun 1 bersedia ke sekolah
Tanggal 1 Mac, kanak-kanak yang melangkah ke tahun satu akhirnya akan merasai suasana di sekolah rendah. Tinjauan Astro AWANI di sekitar bandar Tawau, Sabah mendapati, mereka sedikit sebanyak memahami SOP yang perlu dipatuhi ketika berada di kawasan sekolah.
![[TERKINI] Vaksin COVID-19 | Kerajaan bakal laksana skim kecederaan COVID-19 [TERKINI] Vaksin COVID-19 | Kerajaan bakal laksana skim kecederaan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892942/40992816631614529767970_640x360.jpg)
[TERKINI] Vaksin COVID-19 | Kerajaan bakal laksana skim kecederaan COVID-19
Kerajaan akan mengumumkan pelaksanaan skim kecederaan akibat suntikan vaksin COVID-19 seperti yang sudah dilakukan beberapa negara lain. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, skim berkenaan akan memberi perlindungan kepada mereka yang mendapat kesan sampingan yang teruk selepas menerima suntikan vaksin.

Darurat | Darurat bukan untuk kekalkan jawatan PM
Perisytiharan darurat sama sekali tiada kaitan dengan politik atau untuk membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Sebaliknya langkah itu bagi membolehkan isu COVID-19 diuruskan secara berkesan dan segera.

COVID-19 | Tiada calon SPM di Kedah positif COVID-19
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengesahkan, tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada keseluruhan 29 ribu 936 calon di negeri itu didapati positif COVID-19 sepanjang minggu pertama peperiksaan berjalan sejak Isnin lalu. Bagaimanapun, pengarahnya Dr Fikri Ujang berkata, JKN Kedah bersama Kementerian Pendidikan akan terus melakukan pemantauan pematuhan SOP seperti saringan keatas calon-calon.

Tiada calon SPM di Kedah disahkan positif COVID-19
JKN Kedah bersama Kementerian Pendidikan sentiasa melakukan pemantauan berhubung pematuhan Prosedur Operasi Standard.

Vaksin: Kerajaan perlu laksana strategi mobilisasi komuniti
Strategi itu secara tidak langsung dapat memberi fokus kepada golongan yang masih ragu-ragu dan yang benar-benar mahukan vaksin.

MOTAC harap pendekatan baharu kawal COVID-19
Nancy berkata, industri pelancongan adalah berkait rapat dengan pergerakan orang ramai dari satu lokasi ke lokasi lain.

Peserta perniagaan kecil mahu kerajaan PN perkenal kembali moratorium menyeluruh
Muhyiddin dan kabinetnya menghadapi cabaran hebat untuk mengimbangi di antara kelangsungan hidup dan punca pendapatan rakyat.

Muhyiddin cekal tadbir negara menghadapi COVID-19
Tempoh setahun ini semestinya masa paling mencabar dalam kerjaya politik Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengambil alih pucuk kepimpinan ketika negara menghadapi pandemik COVID-19.

Kerajaan pertimbang skim kecederaan, tingkat keyakinan terhadap vaksin - Khairy
Skim berkenaan akan memberi perlindungan kepada mereka yang mendapat kesan sampingan yang teruk selepas menerima suntikan vaksin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Februari 2021.

Tiada rancangan nafikan hak mereka yang enggan ambil vaksin - Khairy
Tiada perancangan untuk menafikan hak mereka yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Garis Masa: Februari 2021 pun berakhir... antara sorotan berita penting bulan ini
Walaupun hanya 28 hari, tetapi banyak perkara besar yang berlaku di negara ini dalam tempoh tersebut.