awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rakyat Sarawak merentasi Brunei boleh mohon pengecualian bayaran saringan

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2020
07:27 MYT
COVID-19: Rakyat Sarawak merentasi Brunei boleh mohon pengecualian bayaran saringan
Hasbi Habibollah meminta agar rakyat memahami situasiyang dihadapi kerajaan negeri dalam mengekang penyebaran COVID-19 antara sempadan.- Foto BERNAMA
LIMBANG:Rakyat Sarawak yang kembali ke negeri itu daripada Brunei Darussalam boleh memohon untuk pengecualian bayaran ujian saringan COVID-19 kepada pejabat residen di daerah Miri, atau Limbang.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang menjelaskan bagi mendapatkan pengecualian berkenaan, pemohon perlu mematuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
"Yang difahamkan kepada saya, mana-mana keperluan rakyat untuk pergi melintasi negara jiran atas keperluan suasana yang mendesak ataupun pendidikan dan sebagainya sila berhubung dengan pejabat residen untuk memohon pengecualian," jelasnya.
Hasbi pada masa sama turut meminta agar rakyat memahami situasi semasa yang dihadapi kerajaan negeri terutama dalam mengekang penyebaran wabak COVID-19 antara sempadan.
Ujarnya rundingan antara negara sentiasa dibuat bagi mencari solusi terbaik untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat terutamanya kebajikan para pekerja.
"Janganlah membuat tohmahan dan melepaskan kemarahan terhadap jiran kita.
"Kita perlu berunding dan melihat implikasi kewangan, kemudahan dan sebagainya dan sebarang permintaan dari pihak kita perlu dikaji terlebih dahulu, bukannya dibuat begitu sahaja," jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sumbangan peralatan dan peruntukan berjumlah RM50,000 kepada Hospital Limbang untuk membeli kelengkapan bilik pakar di hospital berkenaan.
Hasbi turut berharap lebih ramai pakar perubatan ditempatkan di daerah itu bagi mengisi kuota klinik pakar yang sedia ada.
"Walaupun belum ada blok pakar kita sendiri, tapi kita dah ada enam orang pakar di Limbang.
"Kita akan berterusan memohon yang diperlukan masa ini.
Beliau pada masa sama memohon agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan sebuah wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Limbang agar pesakit tidak lagi perlu dihantar ke Miri atau negara jiran untuk menerima rawatan sekaligus mengurangkan kos perjalanan dan perubatan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sarawak
#Brunei
#Limbang
#Miri
#KKM
#ICU
#Parlimen
#Kementerian Kesihatan
#Hospital
#kerajaan
#pendidikan
#kesihatan
#rakyat
#menteri
#perubatan
#Malaysia
#koronavirus
#unit rawatan rapi
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan