awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran bar di Switzerland mungkin berpunca daripada bunga api pada botol minuman - Pihak berkuasa
Kejayaan usahawan perintis tanaman bawang bukti keberkesanan kerjasama MARDI, petani
Bali akan periksa baki akaun simpanan pelancong asing dalam usaha promosi pelancongan berkualiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rekod tertinggi... 869 kes baharu, empat kes kematian

Hilmi Malik
Hilmi Malik
17/10/2020
10:38 MYT
COVID-19: Rekod tertinggi... 869 kes baharu, empat kes kematian
Malaysia mencatatkan 869 kes baharu dan empat kes kematian, kata Dr Noor Hisham dalam sidang media pada Sabtu (17 Oktober). - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 869 kes baharu penularan jangkitan COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara melonjak sehingga 19,627 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemuanya merupakan kes penularan dalam negara.
“Daripada 869 kes penularan dalam negara, 745 adalah kes melibatkan warganegara manakala 124 kes bukan warganegara,” katanya ketika sidang media pada Sabtu.
Menurut Dr Noor Hisham, Sabah masih mencatatkan negeri tertinggi dengan penularan kes jangkitan COVID-19 iaitu sebanyak 451 kes.
Setakat hari ini, sebanyak 302 kes telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah sebanyak 12,561 kes.
KKM bagaimanapun dengan dukacitanya memaklumkan, terdapat pertambahan empat kes kematian baharu akibat COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara sebanyak 180 kes.
Mengulas mengenai kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), terdapat sebanyak 91 kes positif COVID-19 sedang menerima rawatan dan daripada angka itu, 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sehingga kini, sebanyak 99 kes positif COVID-19 sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Topic Berkaitan
#kes positif
#COVID-19
#ICU
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#koronavirus
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan