KUALA LUMPUR: Sabah terus merekodkan peningkatan jumlah jangkitan harian COVID-19 yang mana jumlah baharu hari ini ialah 1,600 kes, kata Datuk Seri Masidi Manjun.
Beliau yang merupakan Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19 berkata, dua kluster baharu direkodkan hari ini masing-masing melibatkan klsuter tempat kerja iaitu Kluster Giram di Kunak serta kluster institusi pendidikan, Kluster Jalan Pintas Sembulan, Kota Kinabalu.
Menurutnya, penambahan dua kluster baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif di Sabah ialah 26 kluster.
"Bagi Kluster Giram berlaku di Ladang Giram apabila kes indeks adalah seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang mula bergejala selesema dan batuk pada 31 Januari lalu.
"Saringan terhadap kontak sekerja dan kontak keluarga mendapati 19 lagi kes positif. Jumlah keseluruhan kluster ini sebanyak 20 kes dan tiga kes baharu dilaporkan hari ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Manakala kata Masidi, Kluster Jalan Pintas Sembulan melibatkan asrama sekolah Maktab Sabah, Kota Kinabalu melibatkan kumpulan pelajar asrama di Sekolah Menengah Maktab Sabah.
Katanya kes indeks adalah seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang tinggal di asrama sekolah itu yang sudah mula bergejala pada 2 Februari lalu dan disahkan positif.
"Seramai 79 kontak rapat telah disating dan 17 pelajar didapati positif. Kesemua yang didapati positif adalah dalam kategori bergejala ringan dan telah dihantar ke pusat kuarantin serta menerima rawatan sesuai," katanya.
Selain itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, 1,587 daripada 1,600 kes hari ini adalah dalam kategori 1 dan 2; kategori 3 (lapan); kategori 4 (lima) dan tiada kes dalam kategori 5.
Astro Awani
Mon Feb 07 2022
Menurutnya, penambahan dua kluster baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif di Sabah ialah 26 kluster.
Bahan keperluan utama industri kini ada di Sabah
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, dengan pembukaan kilang simen itu, satu lagi bahan keperluan utama industri bakal diwujudkan di Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Peruntukan RM60 juta untuk bina semula SMK Sebuyau
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan mengambil-alih projek berkenaan yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), namun tertangguh akibat kekangan peruntukan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kerajaan serius selesaikan isu industri minyak sawit - Johari
Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani.
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Belanjawan 2023: Tingkatkan kecekapan pengurusan, kurangkan birokrasi - Masidi
Kerajaan Sabah menyarankan agar Kerajaan Pusat meningkatkan kecekapan pengurusan belanjawan yang diumumkan setiap tahun kepada negeri itu.
Hajiji pengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas rombakan Jemaah Menteri
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri pertama pada Rabu selepas rombakan kabinet minggu lalu.
Tiada cerita politik Sabah, hanya bincang Persidangan Khas DUN - Masidi
Tiada isu lain yang dibincangkan dalam perjumpaan hari ini tetapi berbincang mengenai penyelarasan perjalanan Persidangan Khas DUN.
Politik Sabah: GRS adalah parti politik maka Hajiji ada parti - Masidi Manjun
Kenyataan mengelirukan mengenai dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tidak berparti selepas meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan kenyataan tidak berasas.
Politik Sabah: Dakwaan Bung terhadap Hajiji tidak benar - Masidi
Masidi berkata, tiada merit kepada dakwaan Bung Moktar bahawa Hajiji tidak mempunyai locus standi untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.
Hajiji masih dapat sokongan majoriti ADUN Sabah - Masidi
Masidi mendakwa sokongan terhadap Hajiji untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah turut diberikan oleh tujuh Adun Pakatan Harapan (PH).
Keluar parti: Empat ahli Parlimen tidak terkesan dengan Akta Anti-Lompat Parti - Masidi
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin empat ahli Parlimen gabungan itu tidak terjejas dengan Akta Anti Lompat Parti.
Keputusan untuk tumpukan pada GRS demi kepentingan Sabah, Malaysia - Masidi
Masidi berkata peningkatan retorik agama dan kaum oleh sebahagian parti dari Semenanjung pada PRU15 adalah tidak konsisten dengan nilai kepelbagaian kaum dan agama Sabah dan Sarawak.
DUN Sabah: Tambahan RM68 juta bantu empat teras KKTP
Pertambahan peruntukan RM68.92 juta kepada RM204.03 juta bagi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan menerusi Belanjawan Sabah 2023.