KUALA LUMPUR: Sabah hari ini melaporkan pertambahan 5,565 kes positif COVID-19 sekali gus menjadikannya sebagai angka tertinggi yang dicatatkan di negeri itu.
Menerusi kenyataan Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun, Kota Kinabalu kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,395 kes.
‘’Sejumlah 66 peratus daripada kes baharu di Kota Kinabalu adalah daripada kes bergejala yang berpunca daripada jangkitan sporadik.
‘’Selain itu, jumlah kes berpunca daripada jangkitan dalam komuniti atau sporadik di seluruh negeri adalah 62.43 peratus atau 3,474 daripada 5,565 kes.
‘’Kes jangkitan sporadik yang tinggi adalah petanda jelas bahawa virus ini sudah menyebar ke seluruh komuniti dan bukan lagi tertumpu di lokaliti-tertentu tertentu,’’ katanya.
Selain itu, dua lagi kluster baharu yang merupakan kluster institusi pendidikan dilaporkan melibatkan Kluster Kampung Lampada di Kota Marudu dan Kluster Bukit Langsat di Keningau.
‘’Kluster Kampung Lampada adalah kluster yang melibatkan warga Sekolah Kebangsaan Lampada, Kota Marudu dan kes indeks adalah seorang pembantu pengurusan murid di asrama yang berumur 36 tahun dan dikesan melalui saringan bergejala pada 15 Februari 2022.
‘’Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif ialah 25 kes positif setakat Jumaat dan semua kes diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.
Manakala, Kluster Bukit Langsat melibatkan pelajar di asrama perempuan, blok cempaka dan blok dahlia, Institut Pengajian Guru (IPG) Keningau.
‘’Kes indeks adalah seorang pelajar perempuan, 21 tahun, dan dikesan melalui saringan bergejala pada 10 Februari 2022.
‘’Jumlah kes kumulatif yang dikesan adalah 25 kes setakat Jumaat,’’ tambahnya lagi.
Antara lain, sejumlah 99.59 peratus atau 5,542 kes merupakan kategori satu dan dua manakala 23 kes melibatkan katgeori tiga, empat dan lima.
Syafik Shukri Jalil
Fri Feb 18 2022

Dua lagi kluster baharu yang merupakan kluster institusi pendidikan dilaporkan melibatkan Kluster Kampung Lampada di Kota Marudu dan Kluster Bukit Langsat di Keningau. FOTO: BERNAMA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 September 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin - 25 September 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Watak di sebalik kecanggihan, keunikan majlis perasmian
Dari awal kemasukan kontinjen sehinggalah kepada persembahan, semuanya mendapat pujian kerana China menyuntik elemen digital dalam hampir setiap sentuhan mereka.

PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke APEC 2023 di AS November ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke APEC di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada November ini.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, jatuh cerun di Balik Pulau
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
Penggunaan pelekat harga pada kampit BPI dibenarkan sementara
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi kebenaran sementara bagi penggunaan pelekat harga pada kampit beras putih import (BPI) yang dipamerkan untuk jualan hingga 30 Nov ini.
Sekretariat Anti Fitnah ditubuhkan
Sekretariat Anti Fitnah (SAF) bagi membanteras sikap dan amalan fitnah yang kian menjadi gejala dalam hidup masyarakat masa kini.
Anak Dr Zul layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar dan SOP
MAIWP memaklumkan takrifan asnaf Fisabilillah yang diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 4 Mac 2021, merujuk kepada mana-mana golongan atau pihak yang terlibat dalam sesuatu aktiviti untuk menegakkan, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam.
Kerjasama dua hala, Zambry dijadual bertemu James Cleverly
Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom (UK) dari 25 hingga 26 September.

Hangzhou bersedia anjurkan Sukan Asia
China bersedia sepenuhnya untuk penganjuran Sukan Asia yang mencapai standard Olimpik, dari 23 Sept hingga 8 Okt selepas tertangguh setahun susulan pandemik COVID-19.

Kemajuan LCS antara 4 laporan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Oktober ini
Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah antara empat laporan yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat, Oktober ini.

WHO gesa China kemuka maklumat asal usul COVID-19
Badan itu mendesak China untuk memberikan akses secara penuh dan bersedia untuk mengadakan mesyuarat dua hala bersama negara itu.

Ronaldo tuntut Juventus bayar tunggakan gaji RM99.5 juta
Cristiano Ronaldo bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas Juventus yang belum membayar tunggakan gajinya ketika pandemik COVID-19.

Ahli farmasi Jerman keluar amaran mengenai kekurangan serius ubat-ubatan
Tahun lepas, terdapat kekurangan antibiotik yang teruk dan beberapa ubat untuk kanak-kanak, selepas gelombang jangkitan.

Putera Jepun Hisahito dijangkiti COVID-19
Putera Jepun Hisahito disahkan dijangkiti COVID-19, lapor Sputnik. Putera Hisahito, 17 ialah anak tunggal Putera Mahkota Akishino (Fumihito) bersama Puteri Mahkota Kiko.

Pengurusan COVID-19: PAC panggil Ka Siong Khamis depan
Prosiding itu dijadualkan pada 21 September depan dengan PAC akan turut memanggil bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

COVID-19: England kenal pasti 34 kes varian bermutasi tinggi
Daripada 34 kes itu, lima pesakit dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dikaitkan dengan varian baharu yang muncul.

RMK12: Ekonomi dunia diunjur berkembang 3.1 peratus setahun
Ekonomi dunia diunjurkan berkembang sebanyak 3.1 peratus setahun dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2023 hingga 2025.

Klook rai ulang tahun kesembilan, pertumbuhan memberangsangkan pasca COVID-19
Platform tempahan pelancongan dalam talian, Klook bangkit semula dengan prestasi memberangsangkan, sekali gus menandakan kejayaannya di ulang tahun kesembilan.