awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sabah catat kematian ketiga

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
10/04/2020
05:40 MYT
COVID-19: Sabah catat kematian ketiga
Mangsa terbaru COVID-19 ini dipercayai berkaitan dengan kluster tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Sabah mencatatkan kes kematian ketiga berkaitan pandemik COVID-19 hari ini.
Difahamkan, mangsa ketiga berusia lingkungan 60-an itu meninggal dunia kira-kira jam 8. 20 pagi ini di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, dipercayai seorang pesara kerajaan.
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan maklumat tersebut.
"Saya mengesahkan Allahyarham meninggal pada pagi tadi. Itu sahaja maklumat yang ada setakat ini," katanya melalui aplikasi WhatsApp sebentar tadi.
Terdahulu, mangsa terbaru COVID-19 ini dipercayai berkaitan dengan kluster tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur, tempoh hari.
Sebelum ini, Sabah merekodkan dua kes kematian berkaitan COVID-19, pertama di Tawau pada 20 Mac dan kedua di Keningau, pada 5 April.
Pada Khamis, negeri ini mencatatkan 248 kes positif COVID-19 dengan seramai 87 individu dilaporkan telah pulih.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Frankie Poon Ming
#Hospital Queen Elizabeth
#Kota Kinabalu
#Masjid Sri Petaling
#meninggal dunia
#pesara kerajaan
#Sabah
#tabligh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan