KOTA KINABALU: Kira-kira 10,000 hingga 11,000 rakyat di seluruh Sabah menerima suntikan vaksin dalam sehari, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Dalam kenyataan pada Ahad, menurut Bung Moktar, jumlah itu boleh ditingkatkan kepada 20,000 orang sehari sekiranya bekalan vaksin mencukupi.
"Proses vaksinasi rakyat negara ini khususnya Sabah perlu dipercepatkan kerana kerajaan negeri menyasarkan sekurang-kurangnya 85 peratus rakyat Sabah sudah divaksin menjelang Oktober ini," katanya,
Setakat 28 Jun, Sabah telah menerima 628,390 dos atau 254,565 botol vaksin COVID-19 untuk kegunaan rakyat, dan daripada jumlah itu, sebanyak 601,420 dos vaksin sudah digunakan menerusi dua fasa pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri, setakat Sabtu.
Pendaftaran rakyat Sabah sebagai penerima vaksin pula menunjukkan jumlah kumulatif 900,021 atau 32.6 peratus, setakat Sabtu.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah Yahya Ahmad dalam kenyataan berasingan menyarankan Jabatan Kesihatan Sabah melakukan gerakan bersepadu pemberian vaksinasi dengan mengambil kira cerapan, data, lokasi penduduk, kekangan pergerakan dan kepadatan populasi penduduk di setiap daerah.
Langkah itu bagi membolehkan jumlah dos vaksin diagihkan lebih adil dan pembukaan PPV diurus secara strategik dengan tidak hanya berpusat di hospital atau dewan, selain pasukan vaksinasi boleh digerakkan ke setiap kawasan mengikut jadual tersusun ke arah mencapai matlamat imunisasi berkelompok, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 04 2021
Menurut Bung Moktar, jumlah itu boleh ditingkatkan kepada 20,000 orang sehari sekiranya bekalan vaksin mencukupi. - Bernama
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Deretan binaan papan tanda 'Sabah Maju Jaya' tak ubah kehidupan rakyat - Bung Moktar
Bung Moktar mahu Hajiji melihat rakyat kini berdepan dengan pelbagai masalah termasuk isu infrastruktur membabitkan bekalan air.
UMNO Sabah perlu bekerjasama parti lain PRN akan datang - Bung Moktar
UMNO Sabah mengakui tidak akan memperoleh kemenangan secara mutlak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang untuk membentuk kerajaan negeri.
PRN Sabah mungkin menyaksikan pemilihan Parlimen Putatan - Bung Moktar
Shahelmey yang menyandang kerusi Parlimen Putatan digantung keahlian dalam UMNO pada 2023 menyebabkan beliau tidak boleh bertanding pada PRN.
UMNO-BN Sabah tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' - Bung Moktar
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah mengambil langkah lebih berhati-hati sebelum mengambil keputusan menjalin kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang
UMNO Sabah konsisten berkhidmat untuk rakyat - Bung Moktar
UMNO Sabah akan konsisten dengan slogannya iaitu 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat di negeri itu.
Ada parti lain minat gabung dengan UMNO Sabah - Bung Moktar
UMNO Sabah akan perkukuhkan parti di semua peringkat terlebih dahulu sebelum memikirkan soal kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN akan datang.
Kerjasama UMNO-Warisan: Bung Moktar digesa berundur
Zulkarnain berkata, sebagai aktivis politik, beliau kecewa dengan UMNO yang mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Warisan.
UMNO Sabah, Warisan beri gambaran wujud kerjasama menuju PRN
Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, UMNO Sabah dan Parti Warisan (Warisan) dilihat bakal mewujudkan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Pengurusan kes rayuan terhadap pembebasan Bung Moktar dan Zizie Izette pada 29 Dis
Mahkamah Rayuan menetapkan 29 Dis untuk pengurusan kes berhubung pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri daripada tiga pertuduhan rasuah.
Bung Moktar hadir Perhimpunan Agung Tahunan Warisan
Bung Moktar bersama barisan pimpinan UMNO Sabah tiba sekitar jam 9 pagi Khamis di Dewan Hakka Likas.